blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Friday, September 30, 2011

emo lagi sekali

lately memang asyik nak emo je.. kali ini pasal JPA pulak.again tak dapat lagi JPA.. tah tahu macam mana pemilihannya tapi dalam batch kiteorg ade sorang je dapat. even yang ade highest cgpa pun tak dapat. how come? tah la..memanglah rezeki masing-masing tapi macam mane pemilihan tue. sangat tak adil bagi orang-orang yang dah berusaha dan tidak berkemampuan.

memang tengah emo sangat-sangat dengan ABC n PMS ni lagi la nak emo.dah bye!


Wednesday, September 28, 2011

sekadar luahan perasaan

baik lah, bukan nak merungut atau apa tapi dapat rasakan sejak masuk Shah Alam dah less contact. dulu gebang rindu, nak aku kat sini sangat, nanti kat sini kita jumpa selalu tapi apa yang jadi sekarang ni macam dah terbalik. rasa lagi jauh ada lah.baik aku duduk jauh-jauh.tak perlulah nak tengok benda-benda yang menyakitkan hati ni semua. tah apa-apa.

macam ni. dulu bila jauh nak dekat-dekatkan. sekrang dah dekat nak jauhkan semula ke? c'mon lah! dah besar kan, dah dewasa.fikir sendiri la dulu cakap apa wahai kawan. tak matang betul. aku dah duduk 1 uitm dengan kau dah kot. ada berapa kali kau jumpa aku ha? 10 kali? everytime aku je yang ajak kau keluar..kau?ada? memang tak lah kan?

ada seorang kawan aku kata. kalau ada orang yang dah tak suka nak kawan dengan kita just fine. kita move on je dengan life kita.itu bukan kawan namanya. ok? setakat gebang je panjang tak payah lah kan.


p/s: memang tengah emo .. so what?!!


Monday, September 26, 2011

monolog

this is my 3rd week in UITM Shah Alam. sudah terasa bahangnya, sudah mula biasa naik bus setiap hari, sudah mula tahu pukul berapa nak bangun tidur tapi masih tidak ada hati lagi di sini. entah lah kenapa. memang agak lama tak update blog ni sebab sangat susah nak dapatkan internet connection di bilik ni. jadi banyak jugak benda yang ketinggalan.

disebabkan terlalu banyak benda yang nak diceritakan , sekarang tak tahu nak cerita yang mana satu.haha. okla, last Saturday we had an explorace with 14 checkpoint. ok 14! no dumb.haha.. kaki rasa macam nak tercabut but it was fun and i met new friends on that day.thanks AFTAS for the event. oh i almost forgot. ive attended french's class. ok now i can speak in french.haha.fun sangat!

part of us


Wednesday, September 14, 2011

here i am

dah 4 hari di Shah alam. overall okay lah (saja sedapkan hati) .. ok la jujurnya memang penat duduk kat sini. hari2 naek tangge. dah la bilik tingkat 4.. memang yang paling tinggi pulak kan. moga kurus lah badan aku 1 hari nanti. memandangkan sekarang asyik kabus je (jerebu sebenarnya) macam kat MELBOURNE pulak rasenye bak kate miera.haaha. dan sebabkan ada kabus2 ni tiap malam demam. tak tahu pasal apa.ni belum start kelas sebetulnya lagi.kalau dah start tak tahu lah.

well, macam-macam jenis orang ada kat sini. memang la terkejut jugak tapi buat bodoh je lah.masing-masing ada hidup masing-masing. pandai2 la bawak diri. dan ikut mana yang betul ja. dan ada jugak kawan-kawan lama yang ada kat sini automatik berubah jadi laen bila aku jumpa kat sini. memang shah alam ni ada 1 penyakit macam tue ka?

oh tak lupa, tiap hari makan sekali je nasik. maybe sebab malas nak beratur dan nak jimat duet at the same time kot. tp the good thing pasal Degree in Shah Alam ni adalah aku dan kawan-kawan aku dapat solat zuhur, asar dan maghrib on time, i mean immediately selepas azan. oh seriously i miss my friends yang da kat perak tue. kalau lah kita boleh face semua ni bersama-sama mesti aku tak rase macam ni kan? ok la.. cukup setakat ni.

first day in BK1, Menara SAAS.
senyum tak bermakna tak ada hati yang terluka.


Thursday, September 8, 2011

sekian lama


setelah sekian lama akhirnya aku tahu. Ya Allah, kuatkanlah hamba mu ini. aku tidak pernah rasa sedih sebegini lagi sepanjang hidupku. tolonglah ya Allah.. kuatkan aku hadapi semua ini. bukan mudah bagiku menghadapinya tanpa pertolongan dariMu


Wednesday, September 7, 2011

nak move on?

bila kita nak berubah kita kadang-kadang terpakse tinggalkan benda-benda yang dulunya kita sayang. sebagai contoh kita terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang dulunya jadi teman kita ke pub, disco kalau kita rase ingin berubah menjadi muslimin berjaya.

ok secara jujurnya aku pun buat benda yang sama. aku terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang sering membawa aku kearah kesesatan demi mencari kebahagian di sisi Tuhan. tapi tidak lah sampai mencemuh atau pergi tanpa sebarang alasan. kawan itu tetap kawan. buang kawan bukannya tidak berhubung langsung. tapi cuma tidak berkawan untuk buat benda-benda yang sie2 itu.

aku baru sedar benda ni setelah ada seseoramg buat benda yang sama padaku. tak sangka aku ni antara kawan-kawan yang tidak mendatangkan kebaikan langsung untuk dia. tak pe lah. kalau diizinkan Tuhan kita akan berkawan semula. tapi ingat, bukan aku yang putuskan bersahabatan kita. kau yang pilih jalan itu. sekian :|


Monday, September 5, 2011

raya

tahun ini untuk pertama kalinya aku beraya tanpa baju raya. memang dah puas dah aku mengutuk makcik tukang jahit yang tak bertanggungjawab dan suke salahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan sendiri. dan tak pasal-pasal aku menangis di malam raya. untung ada yang sudi mendengar rintihan hati ni. thanks golding dan awie. :)

oh ye, walaupun tidak berbaju raye tapi still kene beraye jugak. seronok dapat jumpa sanak saudara. ok la, tak mau cerita panjang. tengok je la gambar raya ape yang ada.