blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, August 25, 2010

terengganu, here i come :)



ok, sape nak ikut? huhu..esok aku dan 34 students Diploma Akaun yang laen dan 2 lecturers akan ke Uitm Dungun katanye lawatan muhibah tapi tengok la nanti betapa muhibahnya kiteorg nanti. rasa macam agak teruja jugak untuk ke sane sebab dah lame tak pegi. last time pegi time form 4. lawatan ini anjuran PERSIDA. actually kami nak ke Sabah but atas dasar tiket flight yang tak menentu kami pun decide nak ke Terengganu jer. next entri aku akan upload gambar2 kami kat sane. maklum lah dah tak ade facebook. sini la tempat aku nak update segalanya. terengganu, here i come .hope dapat enjoy dan lupekan segala kekusutan yang ada.



Monday, August 23, 2010

kawan atau SYAITAN!

orang selalu cerita dan explain panjang berjela-jela tentang sapa itu kawan sapa itu lawan. jadi rasanye tak perlu dah kot untuk aku cerita kan lagi maksud kawan itu ape. secara umum nya kawan adalah orang yang baek dengan kite.

jadi aku nak jelaskan sekali lagi kawan aku adalah orang yang baek, rapat serta memahami aku. walaupun mereka itu syaitan dimata orang laen but if die masih layan aku baek sebaek malaikat aku akan tetap anggap die kawan.

kepada manusia-manusia diluar sana yang anggap aku kawan mereka tapi dalam masa yang sama mengutuk dan tidak ambil pusing perasaan aku bila berkata-kata walaupun disanjung mulia dan dipandang seperti malaikat oleh khalayak ramai korang tetap SYAITAN ok!



Monday, August 9, 2010

orang kata itu aku

manusia mana penah penat mengata dan mengumpat hal-hal kisah hidup orang lain termasuk lah aku. tapi kadang-kadang cemuhan orang itu yang membangunkan kita dan menyedarkan kita dari melakukan kesilapan yang sama berulang kali. memang la panas teliga jugak bila dengar tapi tak salah rasanya kita ambilnya sebagai satu cabaran untuk kita terus berusaha memajukan diri kita.

kata mereka,

golding: "ana ko lah manusia paling pelik ak penah jumpe"

tapa: " aku selalu ada misjudgement pasal ana nih.....tak pasti sama ada dia persistently patient...or persistently bodoh hahaha......tunggu jer si awie nih..aku pon x bleh nak komen...tapi klu cakap dia bodoh masuk Uni plak dah kan...ana nih ada macam2 habit dan perangai yg pada aku kekadang rasa nak shoooottt jer kapla dia"

zaira: " ana ak tak paham la ko ni sebenarnya nak ape"

ro : " ko lah perempuan yang boleh terima lelaki - lelaki lembut mcm aku"

awie: " BANA GILEW "

mizah gdx: "aku tak tahu bila masalah kau nak abis"
adek : "tolonglah ana jangan menTENUKkan diri"

kaled, shukri dan chip : " ko ni ana, asyik jumpa ko je masalah, jumpe nye masalah. bile ko tak ade masalah nye"


itulah antara kata-kata kawan aku padaku. aku just nak jawap aku sendiri tak tahu aku nak apa dan siapa aku sebenarnya. seseorang penah cakap kat aku " you are a girl that lost in your emotions sometime"..maybe betul apa yang orang tue cakap.saya mohon maaf sekiranya kewujudan saya sebagai kawan kalian semua hanya membebankan dan menambah masalah sahaja.maaf~