blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, September 29, 2010

stressful week

cant stand to face another 4 days in this week.ARGH!! what a nightmare. too many test, assignment and homework need to be done and when put it all together i feel like i prefer to die than stay in this damn world of student..

this week i must finished my MARKETING & LAW assignments. i've also have 2 test back to back. COSTING and MARKETING again.pif! not only that,i also have to finish all the homework for ACCOUNTING subject.


hello!! im not a robot. im human being who need enough time to rest


Saturday, September 25, 2010

itu lebih menenangkan



masih di Bangsar.teringin sangat nak jumpe mereka. mereka yang sangat sangat istimewa di hati ini. tapi banyak sangat halangannya. bapak macam tak nak kasi, yang mereka tak tentu hala nak balek pukul berapa.

sedang asyik fikirkan bagaimana nak ke Mid valley bertemu kawan-kawan aku tibe-tibe rasa tenang sedikit menonton Power Rangers Mighty Morphin ni. OMG, lama sangat dah cite ni. tengok balek cerita ini mengimbau zaman tadika dulu. zaman di mana aku ada sorang je adik.oh i miss that moment so much~



p/s: aku suke Power Rangers pink.walaupun gedik2 dan tak buat ape sangat tapi aku suke gak ;P


Friday, September 24, 2010

hye KL..


currently in Bukit Persekututan, Bangsar, wan cho's house...

rasa macam dah lama tak datang KL. last time datang pun time nak beli baju raya itupun sebulan sebelun puasa. kire lame la jugak tak datang sini. oh, aku datang KL ni bukan nak berseronok sangat. nak hantar adik ke Mesir baru lah aku ke KL. as usual, if plan nak berjumpa dengan kawan mesti tak jadi-jadi. malas nak janji apa-apa dengan kawan.ada rezeki kita jumpa ok.

semalam naik bus ke sini.PLUSLINER 6.30 p.m.. duduk sebelah lelaki yang agak tampan tapi sorry la. bukan aku untuk berkenalan dengan orang asing. masing-masing buat hal masing-masing. aku hanya mengisi masa aku dengan SMS seseorang. penting jugak orang ini untuk aku.penyeri hari-hari yang suram,huhu.bus stop di stesen KTM KL,.15 minit kemudian wan cho ambil.



but then sabtu mak kata dah nak pulang. tak pasti nak terus ke UiTM atau ke rumah.ikutkan malas nak balek rumah, mesti ada keje laen yang menanti. tapi kalau balek UiTM plak kene buat keje laen.ish.confused. tunggu je la ape jadi esok.




Sunday, September 19, 2010

baru tahu


setelah sekian lama aku kenal lelaki ini baru aku tahu dia baik orangnya.tak seburuk dan sejahat yang disangka. jauh terpesong dari landasan pemikiran aku sebelum ini. aku akan ingat tarikh 18 SEPTEMBER 2010 ini. menarik bukan bila orang jahat berbuat baik dengan kita. mungkin tak patut aku nyatakan namanya di sini tapi setelah apa yang terjadi pada aku, aku ingin membuat satu konklusi.

"tak semestinya musuh itu tetap musuh selamanya dan tak semestinya apa yang orang kata itu adalah dia yang sebenarnya"

lelaki. semua suka hipokrit. depan orang belagak macho, samseng dan sebagainya tapi hati sebenarnya berjiwa malaikat bila kita kenalnya dengan lebih dekat. perempuan pula bila di depan baik sangat tapi belakang mengutuk, mengumpat, tak puas hati sini, tak puas hati sana. susahkan manusia ini. ada 2 jantina tapi tak terkira banyak ragamnya.



Friday, September 17, 2010

menanti esok.



orang sibuk menyiapkan assignment masing masing tapi aku masih tergedix-gedix mencari siapa yang nak hantar aku pulang ke Uitm pada hari Ahad sebab aku tak mahu pulang esok.tolonglah.seram sangat uitm tue pada ketika ini. roommates pun balik hari isnin.. macam mana ni?TIDAK!!!!


Wednesday, September 8, 2010

raya yang hambar




raya tahun ini sangat lain rasanya berbanding tahun-tahun sebelumnya. tak pasti kenapa..tapi dapat merasakan tiada kemeriahan seperti selalu apabila ingin beraya. nanum yang pasti setiap tahun aku pasti akan mengalami sesuatu yang agak tak elok untuk dikenang dan diingati. sangat sedih apabila tiap kali rasa kehilangan orang yang tersayang. jangan salah paham. orang yang tersayang itu bukan ditujukan khas untuk kaum kerabat sahaja. orang yang tersayang ini adalah sahabat ataupun teman yang amat disayangi.sukar untuk digambarkan kegembiraan yang dirancang pudar begitu saja.

2008
aku kehilangan kekasih yang amat memahami dan menyayangiku. sukar untuk mencari gantinya sehinggalah sekarang. mungkin aku sudah tidak menatapi pemergiannya tapi di sudut kecil hatiku ini masih ada tangisan buatnya. sayang sekali Allah lebih menyayanginya berbanding aku.

2009
tidak lah seteruk yang diduga. ada kawan yang menyerikan suasana. msg sampai tak tidur dan lebam bijik mata. namun, semuanya seketika sahaja. selesai sudah beraya dia menjadi manusia yang tidak kenal aku sapa. bukankah itu lebih menyakitkan? entahlah, dugaan semuanya.

2010
belum sempat aku beraya tapi aku tidak merasa teruja untuk meraikannya. semalam seorang dari rakanku termakan hati dengan aku. puas dipujuk tapi tak dihiraukan. aku masih tak berputus asa dan masih mencuba. telah dihantar berpuluh sms dan telahku cuba menghubunginya tapi sayang semuanya tidak berjawap..tidak pasti lagi apa yang harus aku lakukan.




Tuesday, September 7, 2010

itu lelaki, ini perempuan




fakta menyatakan yang kebanyakan lelaki sangat mementingkan kawan berbanding kekasihnya. itu kenyataan yang sangat mengecewakan ramai perempuan.bagi mereka kawan itu umpama teman teristimewa. perempuan pula bila berlaku situasi di mana lelaki mereka memilih untuk bergembira bersama kawan-kawan yang lain mulalah meraung tak tentu hala. tapi nak buat macam mana..nama pun kenyataan.

wahai perempuan diluar sana, anda dinasihatkan supaya jangan lah terlalu cemburu ataupun membuta tuli saja menuduh orang yang anda suka dan sayang dengan tuduhan tidak berasas. kadang-kadang sebab beginilah anda ditinggalkan . selamat beramal


Monday, September 6, 2010

aku kembali

tak sampai sebulan peristiwa itu terjadi, aku telah kembali memulakan semula aktiviti lamaku iaitu berblogging. tak tahu kenapa, terasa diri ini amat merindui saat menaip entri di blog sebegini.sayang sekali aku melakukan tindakan bodoh dengan membuang blog asalku tanpa berfikir panjang..tak mengapa, sekarang aku sudah ada yang baru..tapi memori di dalam blog itu tak mungkinku jumpa di mana-mana :'(

terima kasih kepada yang sudi menjenguk blog baruku ini.maaf sekiranya blog ini masih kosong. aku perlukan masa untuk menambah apa yang patut dan menukarnya menjadi lebih meriah.