blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, September 8, 2010

raya yang hambar




raya tahun ini sangat lain rasanya berbanding tahun-tahun sebelumnya. tak pasti kenapa..tapi dapat merasakan tiada kemeriahan seperti selalu apabila ingin beraya. nanum yang pasti setiap tahun aku pasti akan mengalami sesuatu yang agak tak elok untuk dikenang dan diingati. sangat sedih apabila tiap kali rasa kehilangan orang yang tersayang. jangan salah paham. orang yang tersayang itu bukan ditujukan khas untuk kaum kerabat sahaja. orang yang tersayang ini adalah sahabat ataupun teman yang amat disayangi.sukar untuk digambarkan kegembiraan yang dirancang pudar begitu saja.

2008
aku kehilangan kekasih yang amat memahami dan menyayangiku. sukar untuk mencari gantinya sehinggalah sekarang. mungkin aku sudah tidak menatapi pemergiannya tapi di sudut kecil hatiku ini masih ada tangisan buatnya. sayang sekali Allah lebih menyayanginya berbanding aku.

2009
tidak lah seteruk yang diduga. ada kawan yang menyerikan suasana. msg sampai tak tidur dan lebam bijik mata. namun, semuanya seketika sahaja. selesai sudah beraya dia menjadi manusia yang tidak kenal aku sapa. bukankah itu lebih menyakitkan? entahlah, dugaan semuanya.

2010
belum sempat aku beraya tapi aku tidak merasa teruja untuk meraikannya. semalam seorang dari rakanku termakan hati dengan aku. puas dipujuk tapi tak dihiraukan. aku masih tak berputus asa dan masih mencuba. telah dihantar berpuluh sms dan telahku cuba menghubunginya tapi sayang semuanya tidak berjawap..tidak pasti lagi apa yang harus aku lakukan.




No comments:

Post a Comment