blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, December 8, 2010

rumah lama

mak mengidam mahukan dodol. jadi jauh mana pun aku kena ambek juga untuk mak. terpaksa pergi ke Taman Bunga Raya dimana rumah lamaku di situ. tepat jam 6 sampailah ke destinasi. walaupun baju basah lepas jogging but sanggup drive ke sana.

terpandang rumah lama. sayu hati lihat peti surat merah yang aku sama-sama pasang dengan ayah satu ketika dulu masih ada. melihat rumah yang bersepah dengan daun-daun kering. terngiang-ngiang mak menjerit "FARHANA! SAPU SAMPAH CEPAT!!"


rumahku yang dulunya cantik sekarang sudah seperti rumah hantu..seketika terpandang jiran sebelah rumahku, orang yang sama mak pesan dodol yang diidamkan. melihat anak-anaknya buat ak teringat zaman sekolahku dulu. zaman aku suka lari dari sekolah agama rakyat.zaman aku suka pau orang sampai mak orang tu keja aku naik kereta.


aku bermonolog sebentar
"wow, jahatnya aku dulu"
"napelah aku boleh terpikir nak lari dari sekolah"
"napelah aku benci duduk rumah ini dulu"
"rumah ini banyak memori...."


No comments:

Post a Comment