blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Sunday, January 30, 2011

double worried




to my beloved sister hamizah,

bila akak dengar berita pasal mesir, akak masih boleh tersenyum. "oh, biasa je tue". akak tak fikir panjang. akak bodoh! sedikit pon tak fikirkan keadaan awak kat sane. dan pagi tadi ramai sedara yang telefon mak mahupun bapak bertanyakan awak. keadaan awak. awak ok atau tak. akak dah pelik. teruk sangat ke keadaan disana sampai semua orang risau. dan akak tengok berita lagi. Ya Allah Tuhan yang Maha Besar, dasyatnya rusuhan di Mesir. akak dah mula risau.

jam 6.30 petang, mak salah seorang dari housemate awak call bapak. mereka nampak serious berbual.akak bertambah risau. dan bila mak dapat call awak dan awak ceritakan keadaan awak di sana, akak tahu mak dan bapak sedang tahan air mata masing-masing. mak sebak.

mizah, akak tetiba tak dapat nak kawal perasaan akak.maafkan akak.akak banyak buat salah dengan awak. dari kecil sampai besar akak selalu susahkan awak..akak doakan awak selamat dan dibawah lindungan Allah sentiasa. pulanglah mizah, akak tahu kepulangan awaklah masa yang dinantikan oleh mak dan bapak.



to all my fellow friends. i begging u. please pray for my sister safety and the rest of Malaysian citizens that still there in Egypt.



just say NO!

it's been long time i never ever talk about myself, i mean me and someone special. someone asked me to do so but i cant. everyone has their own level of patience including me.actually i like to dedicated this post to someone that i can called my love.

hey u big monster,
i know u 2 years ago. and u being such a wonderful friend of mine.omg, its almost 3 years i knowing u. but then day after day, the way u treat me it ,just hurting me. i tried my best to be cool. act cool.yes im cool enough.(sampai tak tahu nak buat apa)




hey u! please say no if u hate me or what.please say no if never ever want me to text u, ym, call etc and i will stop everything.

the reason it hurts so much to separate is because our souls are connected.



Tuesday, January 25, 2011

PENCEN

hari ini secara rasminya saya telah meletak kan jawatan saya sebagai EXCO PERSIDA. sangat seronok dan bahagia rasanya. malam ini nak kira undi dan lihat sapa yang akan mengambil alih tapak kepimpinan PERSIDA. (dan malam ni jugak la nak buat assignment audit )

segala penat lelah selama setahun akhirnya berakhir. segala pengorbanan telah dilalu.( sampai tak dapat dekan pun penah dirasai) .. sekarang biarlah junior-junior yang rasa apa yang kami penah rasa..

sebenarnya sekarang ini kami, (saya, zira, amni, sad, miza and ika) di library UiTM. tengah menyiapkan kuiz audit masing-masing. saya dah siap jadi ini yang menyemakkan blog sendiri lagi ni. so, sekian terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

cerita rumput.

satu hari seorang murid bertanya kepada gurunya " macam mana kita nak tahu yang itu adalah pasangan kita"

cikgu itu terus menjawab "esok awak pergi ke padang awak carikan saya satu rumput yang terbaik dan bawa ke kelas"

keesokkan harinya murid itu datang ke kelas berjumpa dengan cikgu tersebut tanpa membawa sehelai rumput pun lalu cikgu itu bertanya " mana rumput yang saya suruh bawa tu?"

dan murid menjawap " saya tak jumpa pun sehelai rumput yang betul-betul terbaik yang ada di padang"

dan cikgu itu membalas "awak bukan tak jumpa rumput yang terbaik, awak cuma tak yakin sama ada rumput yang awak jumpa itu betul-betul terbaik atau tak. dan awak terus mara ke depan dengan harapan awak dapat jumpa rumput yang lebih baik tapi bila awak dah sedar yang awak dah sampai dihujung padang dan masih tak jumpa rumput yang terbaik, barulah awak menyesali tindakan awak melepaskan rumput yang tadi".....

......"begitulah yang terjadi dalam kita mencari pasangan hidup kita.nasihat saya, apabila awak bertemu dengan seseorang yang terbaik buat ketika itu, awak jangan lepaskan dan mengharap ada orang yang lebih baik yang akan muncul di masa hadapan. nescaya awak lah orang yang paling rugi" ...........






Friday, January 21, 2011

kawan-kawan sedunia

saya sudah penat nak melayan kerenah dan kehendak anda semua. saya juga ada hati dan perasan. tak bermaksud saya diam saya suka dengan apa yang anda lakukan pada saya.saya ni bukan lurus or bendul. saya bukan lembu yang tunduk apabila orang tarik hidung nya. saya manusia yang punya akal dan nyawa.

kepada yang tidak suka berkawan dengan saya, saya tak halang untuk anda meninggalkan saya. saya sudah tak lalu berhadapan dengan anda semua. tak nak kawan sudah. saya tak mati cuma sedikit menyesali. ;'(

Wednesday, January 19, 2011

itu sahaja

saya tak pandai berkata-kata. saya tak pandai susun ayat berbunga. saya tak pandai jiwang segala. hanya ini yang mampu saya lakukan.memetik lagu mana-mana untuk luahkan apa yang dirasa.


Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada



hari rabu

hari ini seperti hari-hari rabu yang lain. tiada yang istimewa. cuma sedikit kesedihan yang dapat dirasai pada ketika ini.saya dan teman rapat saya sudah 4 hari tak berbalas SMS. ini bukan satu yang pelik sebenarnya tapi mesej terakhirnya yang buat saya rasa sedih.

sejarah mungkin berulang. sesedih mana pun mesej terakhirnya itu saya akan tetap simpan. saya tak mahu kehilangan memori terakhir bersama dia seperti arwah kekasih saya yang dulu yang saya tak pernah terfikir pun akan kehilangannya selamanya.

:'(

Monday, January 17, 2011

seperti tak pernah berkawan

hari ini dapat pulang awal dari kelas, awal 40 minit macam tue je. tapi tak ape, janji awal. Amni ajak temankan die ambil The Twins ( ila dan ili) yang baru pulang dari KL. jadi rasanya macam rugi pula if tak ikut. kami bertiga (saya, Zairah dan Amni) pun keluar. sementara menunggu Twins ni sampai kami makan lunch dulu di sebuah restoran yang berdekatan.

tiba-tiba Amni bersuara
" ana, ada F dan Z kat belakang"

saya terkejut sampai tak tahu nak buat apa. tapi kenapa nak terkejut?pelik. mereka kawan saya dan saya masih anggap kami berkawan.

kami pernah bergelak ketawa, makan bersama-sama, overnight sampai buta, pukul-pukul tak ingat dunia. tapi sekarang macam tak pernah kenal sesama sendiri. sedih. sedih tersangat-sangat sebab kenangannya masih segar dalam ingatan

salah saya ke semua ni?


Sunday, January 16, 2011

nama baru

saya tak tahu pun bila saya tuka nama blog saya automatik orang susah nak cari saya..bodohnya saya.hahahah.. tapi saya nekad nak tukar nama blog ni. rasa macam tah pape jer name otakangin la, sisasisaotak la..jadi bahan kutukkan abang-abang sedara jer. jadi kepada follower saya, saya minta maaf banyak.

sekarang

sekarang baru saja selesai edit blog yang tercinta ini.mungkin tak seAdvance blog orang lain, mungkin tak menarik untuk dibaca, mungkin sakit mata melihat warnanya, mungkin sakit teliga mendengar lagunya tapi saya tak kesah. saya punya blog saya punya suka.


blog memang tempat untuk luahkan segalanya. oleh sebab itu blog ini akan berubah wajah dan lagunya mengikut mood saya.jadi bila dengar lagu yang ada di blog ini orang akan paham apa yang saya rasa sekarang

mungkin tak dapat nak di detailkan apa yang saya rasa sekarang, cukuplah sekadar semua tahu yang kehidupan ini tak selalunya indah. ada pasang surutnya. seeloknya jangan la kita salahkan orang lain atas kelemahan dan kesalahan kita sendiri. ;)


Friday, January 14, 2011

Wednesday, January 12, 2011

kami bukan musuh

kepada mereka yang diluar sana, ingin saya nyatakan yang saya dan kawan saya zairah ridwan bukanlah musuh, mahupun bergaduh.. kami masih akrab seperti biasa. terkejut rasanya bila ada orang yang tanya

" ana, ko dengan zairah gaduh ek?"

bila pulak kami bergaduh? hanya kerana kami tak jalan bersama or makan bersama or keluar bersama-sama orang terus buat conclusion kami bergaduh.perlu ke? TIDAK sama sekali ok.



berkawan baik tak semestinya semua bende buat sama-sama. saya dan zairah agak pelik tapi itulah kami dari mula-mula kenal sampai sekarang. di luar kelas memang seiring dan sejalan tapi dalam kelas masing-masing macam tak kenal. mungkin sekarang orang jarang nampak kami bersama tapi macam mana nak nampak, kami keluar dari bilik pon tak malam-malam. masing-masing duduk dalam bilik layan movie.



dan yang menguatkan lagi andaian orang yang kami ni bergaduh bila tengok saya dengan geng saya dan zairah dengan geng lain. mereka kene paham. sem ni kami banyak in group work so mesti la i spend most of my time with my group members. itu sahaja. harap segala kemushkilan dapat disangkal selepas membaca entri ini.



Monday, January 10, 2011

sibuk segala bagai

saya akui memang sangat malas nk update apa-apa dalam blog ni. reason utamanya for sure sebab sibuk dan yang menambahkan sebab musabab nye lagi adalah tak ada sape pun yang komen post-post saya. jadi apa guna berkarya kalau tak ada orang yang nak baca. satu benda yang sia-sia saya fikir..

tapi memandangkan ada orang yang nak sangat saya post new entri kat sini so terpaksa la buat. ok then, let me talk about a new chapter of my life as part6 student of DIA. sangat memenatkan rasa nya sebab awal-awal dah dapat byk presentation, case study and etc. belum masuk ETR yang perlu ke sana ke sini mencari bahan.

sebenarnya sekarang dalam dilemma di mana saya patut ambek MUET. ada kata dalam luar sama ja. ada kata dalam susah nak score, ada kata luar senang sebab ambek sama dengan budak STPM. tapi entah la..untuk tidak menyusahkan diri di kemudian hari so better ambek kat dalam.


dalam entri kali ini rasa macam nak selit satu topik pasal kawan saya nama Azwan Ramli bukan Azwan Ali ok. laen sangat ( i mean bapak mereka totally lain). saje nak tulis pasal die sebab lately die rajin sangat update blog. dah ade streamyx kat rumah katenye..die ni kawan yang tak tahu nak di describe macam mana tapi bila dengan dia or on phone dengan die sudah cukup buat saya rasa happy. bukan kawan yang lain tue kasi saya nangis ja tapi saya nak tulis pasal dia. die a bit different compare with the rest of my friends. he likes shopping and all women's stuff. agak kaya tapi tak kesah nak lepak mamak or even tepi jalan. tak macam sesetengah orang yang sangat cerewet even tak la kaya macam mana pun. he's one of my spy. spy pe? itu yang kita tak tahu.huhuh.. thanks darling for accepting me as ur friend. ;)



Monday, January 3, 2011

first day

not to tired. just 30 minutes class for every subject. everything just fine till a moment when all good things come to an end. what a surprise.




oh Allah almighty.
please let me get tru this semester without any problems.
please let me make my parents proud.
please give me a strength to pay 100% attention during the classes.
Amin~


Saturday, January 1, 2011

tahun ini

malas nak sembang banyak pasal memori lepas, i mean 2010.

sekarang dah 2011, WOW! dah 21 .. tak pasti suka atau tak.

oh lupa, masih tinggal 4 tahun lagi untuk tentukan segalanya.

harap itu bukan harapan dan janji kosong.Amin~

Doakan kejayaan saya bukan untuk tahun ini sahaja,
tapi tahun-tahun yang mendatang. ;)