blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Sunday, January 23, 2011

cerita rumput.

satu hari seorang murid bertanya kepada gurunya " macam mana kita nak tahu yang itu adalah pasangan kita"

cikgu itu terus menjawab "esok awak pergi ke padang awak carikan saya satu rumput yang terbaik dan bawa ke kelas"

keesokkan harinya murid itu datang ke kelas berjumpa dengan cikgu tersebut tanpa membawa sehelai rumput pun lalu cikgu itu bertanya " mana rumput yang saya suruh bawa tu?"

dan murid menjawap " saya tak jumpa pun sehelai rumput yang betul-betul terbaik yang ada di padang"

dan cikgu itu membalas "awak bukan tak jumpa rumput yang terbaik, awak cuma tak yakin sama ada rumput yang awak jumpa itu betul-betul terbaik atau tak. dan awak terus mara ke depan dengan harapan awak dapat jumpa rumput yang lebih baik tapi bila awak dah sedar yang awak dah sampai dihujung padang dan masih tak jumpa rumput yang terbaik, barulah awak menyesali tindakan awak melepaskan rumput yang tadi".....

......"begitulah yang terjadi dalam kita mencari pasangan hidup kita.nasihat saya, apabila awak bertemu dengan seseorang yang terbaik buat ketika itu, awak jangan lepaskan dan mengharap ada orang yang lebih baik yang akan muncul di masa hadapan. nescaya awak lah orang yang paling rugi" ...........






No comments:

Post a Comment