blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Tuesday, February 1, 2011

berita dari Tanta, Mesir


salam,

saya sengaja wujudkan post kali ini untuk saudara saya yang masih tertanya-tanya hal adik saya, hamizah dan sesiapa yang ada ahli keluarga, saudara mahupun kenalan di sana dan masih tak dapat nak menghubungi mereka di sana.

sejak rusuhan ini berlaku, memang tak dinafikan semua orang risaukan awak hamizah. setiap hari ada sahaja orang yang telefon bertanyakan awak. untung kami masih dapat menghubungi awak dan akak dapat sampaikan berita keadaan awak disana kepada saudara-saudara kita yang tak penat bertanya hal awak di sana.dibawah antara berita yang awak beritahu akak :

semalam, 31 januari 2011.

1.bekalan elektrik telah diputuskan untuk sementara,
2.sebarang jenis ayat komunikasi juga tak berfungsi kecuali telefon dan hanya kita yang ada di Malaysia dapat menghubungi mereka disana,
3. bekalan makanan tak mencukupi(dan nasib mizah sempat beli beras pagi tadi)
4. siang keadaannya tenang, malam kedengaran bunyi das tembakan.


hari ini, 1 februari 2011.

1.masih tidak menerima sebarang arahan untuk berkumpul tapi dalam keadaan berjaga-jaga, takut ada arahan yang mengejut.
2. sebentar tadi ada orang yang datang ke rumah untuk ambil nama pelajar-pelajar malaysia di sana, untuk memastikan jumlahnya.
3. keadaan masih tenang, tak seteruk di alex dan cairo. ( tapi yang tenang pun takut juga)
4. difahamkan dapat arahan perintah berkurung selama 5 hari mulai hari ini.


saya difahamkan Tanta antara kawasan yang masih oren. yang lain ditahap bahaya. nauzubillah.



jauh sangat ke untuk bawa pulang mereka ke Malaysia? Ya Allah, lindungilah mereka sentiasa




3 comments:

  1. semoga semua selamat.insyaAllah doa sama2 ye.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Kami sekeluarga d sabah mendoakan kesejahteraan hamizah n kawan-kawan kat sana....

    Aunty Reeza

    ReplyDelete
  3. cibow: thnks cobo..harap sume kembali normal..

    aunty reeza: wasalam, thnks jugak..

    ReplyDelete