blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Friday, March 4, 2011

kerana sekerat tulang

orang kata rezeki tidak datang bergolek. tapi kadang-kadang kita dah berusaha gigih macam mana pun masih tidak dapat apa yang diinginkan. tahukah semua yang rezeki kita terbuka luas sekiranya kita tidak meninggalkan sembahyang?

kali ini saya nak tulis satu cerita benar yang saya nak sangat orang tahu dan ambil pengajaran .
ada satu cerita yang buat saya betul-betul terkejut tentang betapa besarnya fadhilat solat ini. saya dengar cerita ini dari ibu saya dan dia pula dengar dari ceramah.

pada zaman Rasulullah dulu, ada seorang hamba Allah pernah datang kepada Baginda dan bertanya bagaimana ingin dilapangkan pintu rezeki. dan Baginda pun menjawap " hanya solat yang mampu membuka pintu-pintu rezeki tersebut "

hamba Allah itu menjawap " saya solat, isteri saya solat, anak-anak saya solat"..
Rasulullah bingung , baginda sendiri tidak dapat menjawap bersoalan itu lalu turunnya malaikat menyampaikan firman Allah yang menyuruh hamba Allah tadi itu pulang ke rumah dan lihat dibumbung rumah.

maka pulanglah dia ke rumah dan didapati ada seketul tulang sekecil buah tamar di atas bumbung itu. Rasulullah menyuruh dia buangkan tulang tersebut dari bumbung rumah kerana itulah punca mengapa pintu rezeki orang-orang di dalam rumah itu sempit.

hamba Allah itu bertanya apa kaitannya tulang itu dengan rezeki mereka yang sempit ini? Rasulullah menjawap bahawasanya tulang tadi adalah tulang orang yang tidak sembahyang yang dibawa oleh burung ke atas bumbung kamu. Tamat~


tengok lah betapa besarnya kuasa Allah s.w.t. tapi mesti ada yang bertanya kenapa masih ada orang yang tidak sembahyang, tidak pakai tudung tapi masih boleh berjaya? kenapa orang kafir lagi berjaya berbanding kita?

Allah sengaja memberi kesenangan kepada mereka di dunia kerana mereka ada dunia tapi kita, orang Islam ada dunia dan akhirat. mari sama-sama kejar kedua-duanya.

renung-renungkan dan selamat beramal. salam~





No comments:

Post a Comment