blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, April 13, 2011

MALU

malu kene lah pada tempatnya. malu bukan-bukan nak buat apa, betul ak? malu dan kemaluan sebenarnya 2 benda yang berbeza tapi apabila kemaluan sudah tidak malu untuk ditayang dan dipegang apa guna nya..

malas nak buat intro panjang-panjang. Malu itu bukannya hanya merujuk kepada sopan santun, cakap lembut-lembut atau menyotong tapi lebih kepada sifat dalaman yang dipancarkan oleh sesorang.

Daripada Abi Mas'ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari)

mak pernah bagitahu saya, kalau kita sudah tidak ade perasaan malu, makna nye kita sudah tiada rasa keimanan kepada Allah. perasaan malu ni sebenarnye kurniaan Allah kepada hambaNya yang beriman.Allah telah angkat semula perasaan MALU itu dari kita apabila kite tak memerlukannya dan tidak menggunakannya.

Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)


renungkan dan selamat menjaga perasaan malu kita ;)



2 comments:

  1. renungkan dan selamat menjaga kemaluan kita . hahaha .

    tapi aku memang pemalu , kan3 ? haha

    ReplyDelete
  2. ko pemalu?mcm tk jer..ermmmmmmmmm

    ReplyDelete