blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Thursday, June 30, 2011

untung ada kawan macam ni

memang saya tahu saya tak mungkin dapat menghadiri majlis perkahwinan kakak kamu tapi salahkah nak jemput? tak rugi apa pun. kalau tak ada facebook memang tak tahu la yang kakak kamu dah kawen. ish, tak tahulah,.tak pelah, saya anggap kamu lupa nak ajak. . ucapkan selamat pengantin baru kat kakak kamu.



Wednesday, June 29, 2011

60 bulan berpuasa...

okay hari ni adalah hari Isra' Mikraj iaitu 27 Rejab 1432. rasa pelik pada mulanya bila orang sibuk nak berpuasa hari ni. memang tak tahu pun fadhilat berpuasa pada hari Isra' Mikraj jadi saya pun carilah ..tak sangke berpuasa pada hari ni pahalanya sama seperti berpuasa 60 bulan dan sekiranya diikuti dengan sedikit sedekah seperti berpuasa 1000 tahun. syukur dapat berpuasa hari ini walaupun perut sakit-sakit dan badan dah naek ruam.haha


p/s : jangan lupa bace surah Isra' Mikraj yer...



Monday, June 27, 2011

mind your own business?

honestly i hate when people said " If I mind my own business, why can't others do the same??"



orang macam ini tak pernah fikir if one day die mati sape yang akan kapankan die, sapa yang akan mandikan die dan sape yang akan kuburkan dia. diri dia sendiri ke?nk mind your own business sgt . bila orang ambil berat dan sebuk bertanya pasal diri kita maknenye mereka masih sayang, masih ingin ambil tahu ..bukan nak jaga tepi kain semata-mata tapi mana tahu bila da dengar ade yang dapat dibantu, lainlah meereka yang berminat nak dengar hanya untuk mengutuk ataupun mengumpat semata-mata. fikirkanlah..wasini~


lumrah kehidupan

"what goes around comes around" itu ayat yang selalu diguna bila apa yang kita buat kat orang, akhirnya terkena kat kite juga. okay, bukan itu isu yang nak diperkatakan. entry kali ini saya nak tulis pasal seorang sahabat. agak rapat satu ketika dulu. tapi tak perlulah saya tulis namanya di sini.

persahabatan yang mulanya hambar, kemudian meriah dengan gelak ketawa. dan saya sayang die seperti saya sayang kawan2 yang lain. tk salah rasa nya kalo saya cakap "I LOVE U". itu tanda sayang. tapi tak tahu kenapa sejak akhirnya die lebih memilih untuk bersendirian (kononnya) . tapi tak sangka pulak die sebenarnya rancak berborak, bermsg dengan kawan saya, ok more specific, kawan baek saya sendiri. saya mula2 jelez.well of course sebab rasa seperti hilang kawan.


wahai kawanku *** ,
sudahlah menipu dan kata tak ada kredit untuk membalas semua msg aku. tak perlu, kalau dah bosan cume perlu bgtahu dan aku pasti tk kan ganggumu. ta sangke ade istilah bosan dalam persahabatan ni. tapi lain orang lain ragam..

p/s: "I hate those people who only pretend im exist when they need something from me."


Sunday, June 26, 2011

kafir kah kita?

" kafirnya syaitan bukan sebab ia menyembah berhala, bukan sebab ia masuk agama lain, bukan sebab ia tidak sembahyang dan juga bukan sebab ia melakukan salah 1 dosa-dosa besar . tapi ia hanya tidak melakukan SATU sahaja suruhan Allah iaitu sujud pada Nabi Adam"

persoalannya: syaitan yang tidak melakukan 1 sahaja suruhan Allah sudah menjadi musuh Allah selamanya, bagaimana dengan kita yang begitu byk melakukan laranganNya?




p/s: saya bukanlah ustazah yang mmpu berkata-kata tapi cuma ingin berkongsi sedikit ilmu yang baru ditimba.

wasalam~


Thursday, June 23, 2011

happy to be single ;)



1. SAVE COST
tak perlu belikan hadiah mahal2 untuk birthday die or topup so kite boleh on the phone dengan die walaupun sebenarnye ptg tadi baru jumpa. dan tak perlu ke klinik or farmasi mencari ubat tidur atau panadol sebab gaduh dengan die dan rase nak mati hilang nyawa.

2. SAVE ENERGY
tak perlu lagi berguling-guling keluarkan air mata sebab die tk reply msg kite or die terlalu bz untuk penuhi kemahuan kite or kita asyik jelez tk tentu kira.

3. SAVE TIME
tiada lagi alasan untuk tak siapkan assignment or alasan untuk tak nk balek ke rumah parents hujung-hujung minggu. bila single kita tk perlu lagi nk melepak tk kire waktu, nak msg dan call tgh2 makan. dan masa kita terhad sgt!

4. BE A GOOD FRIEND
bila tak ada bf bolah lah spend banyak masa dengan kawan2.tak perlu nak berkepit dengan bf or even bila keluar dengan kawan2 pon masih nak bermsg2 dgn bf

5. GOT A FREEDOM
no need to ask any permission,. "bang boleh sy g tgk wyg dgn kwn2 ?...""bang, sy kuar dgn nuar kejap taw, alah ade je kawan2 lain, jgn jelez ok" .....bosan betul dengan rutin dan hidup terkongkong mcm ni.



Tuesday, June 21, 2011

ketenangan

baru aku sedar rupanya ketenangan bukan boleh dicari dengan pergi berkaraoke, bersuka ria tak ingat dunia mahupun melompat setinggi langit. ketenangan yang abadi adalah bila hati kita terasa dekat dengan Allah. syukur sebab aku dikurniakan ibu bapa yang beragama dan mengamalkan agama itu. beragama saja tak cukup. Islam atas nama dan keturunan. Islam atas IC je orang cakap.


dan terima kasih tak terhingga kepada mak yang hari-hari paksa aku ke masjid. dari perasaan terpaksa terus rasa ikhlas untuk pergi melangkah ke masjid. dari rasa bosan, ngantuk syukur sekarang boleh beri tumpuan dalam kuliah dan pengajian di masjid.

post ini bukan nk cerita kan yang ak rajin ke masjid. tidak sama sekali tapi niat aku cuma mahu cerita kan hidup mati kita tak siapa tahu. sapa kata di masjid ni tempat orang2 tua yang tunggu masa untuk mati? tidak sama sekali. aku dapat lihat sendiri masih ramai anak-anak muda bahkan kanak-kanak datang ke masjid. tak kira usia mereka tetap datang mendengar pengajian.

satu lagi ilmu yang ku dapat hari ini, Islam hanya boleh bersatu sekiranya kita berpandukan kepada Al-Quran. seperti contoh kiblat kita yang satu. 1 dunia kiblatnya sama.kita mengadap Kaabah, sama seperti apa yang tertulis di Al-Quran. maka sekiranya kita hidup pun berpandukan al-Quran nescaya kita akan dapat bersatu, insyaAllah.

untuk orang yang sepertiku anda disarankan ke mane-mane kuliah agama. tidak ada yang mendatangkan keburukan selain pahala yang melimpah. berfikirlah sejenak . selagi ada rasa takut pada Allah, selagi itu ada rahmat Allah bagi pada kita. sekiranya tidak maka tiada rahmat dah dariNya. jangan tunggu lagi. masa itu ibarat pedang. kalau kita tidak potong ia, ia akan potong kita. renung-renungkan


p/s: sekali lagi. saya bukan lah ustazah mahu pun penceramah bebas tapi saya hanya mahu kongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada.wassalam~


Sunday, June 12, 2011

ini lawak

kawan saya zyra saye gedix2 tweet kat iqram dinzly. tgk ape response die..haha

1.

2.
3.
4.
5.

6.

tak pasal je gaduh..haha..bongok punye zira..

(try la tgk elok2.sbb tk leh zoom in)




Saturday, June 11, 2011

aku hari ini

memang agak lame tak update blog. konon nye bz tapi entah ape yang di bz kn. sebenarnya otak merewang tak tahu kat mane time tulis post tapi masih ingat lagi tujuannye. dah sebulan cuti. dan sepatutnya dah ada duet hasil kerja kat man-mana macam kawan2 yang laen tapi apa yang aku buat?duduk rumah, on9, tengok tv, makan tidur. benda yang sedikit memenatkan pon cuma drive kereta ke mana saja bila khidmat diperlukan.

tak tahu nak mengeluh untuk apa lagi. nak kerja sangat tapi tak cari pon. dah dapat tak tahan pulak dan kesian tengok bapak nak handle rumah. erm, kerja apa la sangat yang ada kat kuala kangsar ni. lain lah KL, cakap je nak kerja ape. dah la best2.

aduh.jealous betul dengan kawan2, dah merasa pegang duet sendiri walaupun tak seberapa janji ada. dari aku ni?satu sen pon tak ada. aku rase macam sejak 2 menjak ini sakit2 kaki. kaki aku tka dapat nak tampung berat badan dah ke? yes i admit. memang semakin hari semakin gemuk. dan sekarang sangat gemuk. mana pergi angan2 nak jadi kurus?mana pergi angan2 nak kerja nk beli mcm2. ? nmpk nye mmg semua tinggal angan-angan.teruk betul aku ni. teruk!