blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Tuesday, June 21, 2011

ketenangan

baru aku sedar rupanya ketenangan bukan boleh dicari dengan pergi berkaraoke, bersuka ria tak ingat dunia mahupun melompat setinggi langit. ketenangan yang abadi adalah bila hati kita terasa dekat dengan Allah. syukur sebab aku dikurniakan ibu bapa yang beragama dan mengamalkan agama itu. beragama saja tak cukup. Islam atas nama dan keturunan. Islam atas IC je orang cakap.


dan terima kasih tak terhingga kepada mak yang hari-hari paksa aku ke masjid. dari perasaan terpaksa terus rasa ikhlas untuk pergi melangkah ke masjid. dari rasa bosan, ngantuk syukur sekarang boleh beri tumpuan dalam kuliah dan pengajian di masjid.

post ini bukan nk cerita kan yang ak rajin ke masjid. tidak sama sekali tapi niat aku cuma mahu cerita kan hidup mati kita tak siapa tahu. sapa kata di masjid ni tempat orang2 tua yang tunggu masa untuk mati? tidak sama sekali. aku dapat lihat sendiri masih ramai anak-anak muda bahkan kanak-kanak datang ke masjid. tak kira usia mereka tetap datang mendengar pengajian.

satu lagi ilmu yang ku dapat hari ini, Islam hanya boleh bersatu sekiranya kita berpandukan kepada Al-Quran. seperti contoh kiblat kita yang satu. 1 dunia kiblatnya sama.kita mengadap Kaabah, sama seperti apa yang tertulis di Al-Quran. maka sekiranya kita hidup pun berpandukan al-Quran nescaya kita akan dapat bersatu, insyaAllah.

untuk orang yang sepertiku anda disarankan ke mane-mane kuliah agama. tidak ada yang mendatangkan keburukan selain pahala yang melimpah. berfikirlah sejenak . selagi ada rasa takut pada Allah, selagi itu ada rahmat Allah bagi pada kita. sekiranya tidak maka tiada rahmat dah dariNya. jangan tunggu lagi. masa itu ibarat pedang. kalau kita tidak potong ia, ia akan potong kita. renung-renungkan


p/s: sekali lagi. saya bukan lah ustazah mahu pun penceramah bebas tapi saya hanya mahu kongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada.wassalam~


2 comments:

  1. tak boleh ada unsur malas nak baca kitab2 agama. slow2 baca sikit2. Quran pun dikira kitab agama. tp aku tau maksud hg buku2 agama kan? bestkan dgr ceramah.mcm2 benda kita dpt. :) miss you lah.

    ReplyDelete
  2. sapekah no ini?
    okay kitab agama yg dimaksudkan bukan al-Quran, tp buku2 agama. al-Quran tue la bacaan harian. mmg best dpt dgr ceramah ni..mmg byk bnde br dpt yg kite tk dpt melalui pembacaan ;)

    ReplyDelete