blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Saturday, October 15, 2011

15 Oct 2011

lebih sebulan dah ada di uitm Shah Alam ni. banyak benda yang harus di lakukan, banyak assignment yang berkepuk-kepuk di atas meja tapi lebih banyak masa dihabiskan dengan altiviti yang tidak berfaedah. rasa macam dah tersasar dari tujuan asal ke Shah Alam. apa nak jadi dengan aku ni. ish. betul kate kawanku. di Shah Alam ni duet mengalir lebih deras dari air sungai. yes! kedang-kadang tak sedar duit pergi ke mana. jadi sementara masih berduet ni lah kene spend sebaik mungkin.huhu

secara jujurnya memang banyak cabaran yang harus di tempuh sepanjang berada di sini. terumata cabaran mengawal hawa nafsu yang terlalu inginkan keseronokan. di sebabkan sudah kampir kekeringan wang, aku dan Farah (bukan nama sebenar) bertekad untuk puasa pada minggu depan. sekurang-kurangnya dapat juga kawal pembelanjaan kami. harap berhasillah.

ada 1 ayat yang dapat membezakan Seri Iskandar dan Shah Alam. di Perak ada banyak masa tapi tak banyak benda yang boleh dibuat. di Shah Alam banyak benda boleh buat tapi masanya pula tak ada. jadi same je sebenarnya.

p/s : Ya Allah, sedarkanlah hambaMu ini yang sedang hanyut dengan kehidupan yang melalaikan ini.


No comments:

Post a Comment