hari ini, aku tak rasa kaki aku pijak tanah, tangan aku kebas. mungkin terlalu penat bawak kete ke sana ke mari. ye, aku tahu aku anak sulung, semua itu kerja aku. ye aku tahu aku anak sulung dan aku bertanggungjawab jaga adik adik aku. jaga ibu bapaku. tapi bila aku sedih aku tak mampu nak bercerita pada mereka. ibu bapaku penat mencari rezeki. tak mungkin aku sanggup bebankan mereka dengan masalahku lagi.kepada siapa aku ingin mengadu?
aku tahu Allah ada, Allah tempat kita mengadu segalanya. tapi sebagai manusia. aku masih perlukan seorang manusia juga untuk aku mengadu nasib aku. kenapa di saat aku perlukan seseorang belum ada yang muncul? belum ada yang sedia membantu. belum ada yang sering tanya khabarku seperti mana aku sering lakukan. ya Allah. kuatkan lah aku untuk berkhidmat kepada ibu bapaku. aku lakukan semua ini untuk mereka.
semasa ingin menulis entry ini, hati aku terdetik pada nasib nabi kita Muhammad. Baginda anak yatim piatu, mana ada tempat mengadu pun. Baginda sering dihina, dikutuk, dimaki hamun dan disakiti tapi masih mampu berbuat baik kepada musuh-musuhnya. ya Allah, mulianya baginda. aku hambaMu yang lemah ini mohon petunjukMu. kuatkan lah aku.
wasalam~
No comments:
Post a Comment