blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Friday, February 3, 2012

hari ini

bari ini banyak sangat benda berlaku sampai tak tahu nak cerita mana dulu.


hari ini hampir melanggar seorang makcik yang mulutnya boleh tahan juga. memaki aku tak tentu hala. semasa nak keluar simpang . dah tengok kiri kanan, dan yakin tak ada moto mahupun kereta. tiba ada makcik menjerit " woi! BUTE KE??!! " terkejut betul rasenye. dari mana datangnya makcik tue. ish, nasib tak langgar. kalau tak melayang lesen dan duet.

hari ini juga rasa bangga sebab dapat jadi kakak yang baik dan tak membiarkan adiknya pergi ke Majlis Anugerah Cemerlang seorang diri. mak dan bapak sibuk dengan urusan kerja. maka sebagai kakak yang tibe-tibe prihatin, aku pun pergi sebagai wakil mak dan bapak.

hari ini nak dijadikan cerita, semasa pergi majlis adik aku tue, aku terjumpa cikgu/ ustazah yang aja aku time tadika. kelaka sangat, sebab first time aku tak kenal rupa cikgu sendiri. yela. tadika. manalah nak ingat. tapi terharu sangat sangat sebab 2-2 ustazah ni masih ingat aku lagi. cuma die confused. aku ni Farhana or Hamizah adikku. yela kami dulu sekelas.


hari ini rasa penat dan mengantuk sangat sangat sebab ke hulu ke hilir . tapi apa kan daya, sampai sekarang masih celik mata dan meng-onlinekan diri di depan laptop. yela, kalau tak online, banyak benda nak kene catch up esok. hahha.

okaylah, cukup untuk cerita hari ini. sekian.



No comments:

Post a Comment