blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Friday, March 9, 2012

kawan kala susah

dah seminggu rasanya tinggalkan blog ini. well, tak banyak benda pun nak cerita. tapi sangat menarik untuk di cerita. inilah  al-kisah aku yang telah jadi pelajar NR(non-resident) dengan kata lain aku bukan lagi pelajar kolej. okay, ceritanya bermula apabila dapat tahu tak dapat kolej dan rayuan kolej sekarang dikelola oleh UKK (unit kemudahan kolej) dan bukan lagi pihak kolej itu sendiri. jadi kami berpendapat yang kami berkemungkinan besar tak akan dapat kolej. jadi episod mencari rumah sewa pun bermula. pada mulanya hanya kami ber3 tpi jadi ber4 dan kemudiannya jadi 7.

biasalah, mula-mula mesti ada yang nak berebut bilik. ada yang nak bilik berdua. ada yang nak bilik sorang dan ada yang tak kesah mana mana pun iaitu aku. hahahha. well, mengalah sikit untuk tengok semua orang gembira apa salahnya. tapi dah mengalah pun ada jugak yang tak hargai. macam mana tue?

ada seorang kawan yang tak perlu disebut namanya. pada awal dia datang terus minta duduk sekali dengan kami. okay tak apa. kami tak kesah. sebab kawan sekelaskan. lepas tue, dia minta bilik untuk seorang. katanya kalau dia study kene sebut kuat2 jadi nak la bilik seorang. atas dasar timbang rasa dan demi keselesaan bersama kami pun sediakan bilik khas untuk dia sorang. tapi timbul satu masalah yang kami semua tak sangka. iaitu rumah sewa kami tak dapat sangat coverage mobile phone.

dan disebabkan itu, kawan yang tiba tiba muncul dan demandkan bilik seorang ini mahu keluar dari rumah yang dicari hasil titik peluh orang ini. adakah itu sesuatu perbuatan yang mulia apabila meminta tolong seseorang dan orang itu bagi yang berbaik dan tiba tiba kita pergi dan menyusahkan orang itu? kurang sopan rasanya.( eh. pelik pulak nak cakap bahasa baku macam ni)




 kepada yang berkenaan,

tolonglah jangan terus terusan nak susahkan kawan kita sorang ni. dah la dia carikan rumah. ulang alik dari damansara ke shah alam hari hari untuk dapatkan rumah yang paling selesa untuk diduduki. lepas tu senang hati nak keluar dari rumah tue denga alasan tak ade coverage phone. tak boleh hidup. aku seriously tak paham sebab aku hidup tat kala ini sebab izin Allah, sebab masih ada Oksigen yang boleh dihirup. tolonglah.! bukan budak budak lagi. kiteorang dah bagi layanan terbaik sebab fikir kau tue kawan. tapi ni ke yang ko kate kawan?? buat keputusan tak berbincang. buat muka tak bersalah langsung. tolonglah fikir balek. sapa yang suruh kau join kami serumah? aku ke? aku ke yang cari kau? aku ke yang paksa kau join rumah kami? fikirkan. dan tolonglah selesai kemelut ni.tq~



Friday, March 2, 2012

kawan

kawan itu indah. boleh gembira , ketawa sama-sama, boleh makan dan main sama-sama. tapi kadang-kadang kawan itu pun seperti langit. tak selalunya indah. aku pun begitu. kadang-kadang kawan pun tak ingat yang mana satu. ramai sangat kawan. tapi ada kisah disebalik tajuk kawan untuk entri kali ini

saya sering saja terasa dengan kawan . nama pun seorang yang sensitip , kadang kadang terasa tak layak untuk berkawan pun ada. salah saya sebab cepat tersinggung, terasa,.. sayang kan kawan macam tue lah, dan ada kawan kawan saya pun tahu saya memang macam tue.

tiba tiba teringat, ada seorang kawan yang saya dah kenal lama. dari zaman sekolah. secara tak sengaja berkawan dengan dia. rasa kecewa sangat apabila dia terlalu ambil berat pasal orang yang dia tidak pernah jumpa walaupun sekali. tidak tahu hati budi lagi. sedangkan saya? yang dah jumpa ibu dan bapa dia diabaikan macam tak ada hati dan perasaan. erm. lupakan kawan seperti itu.

kawan. bila timbul je masalah dengan seorang kawan, akan muncul masalah lain dengan kawan yang lain. adakah penyakit kawan ini berjangkit? seorang marah padaku, yang lain turut sama? oh, saya ini luar saje kuat. dalam tak tahu betapa "fragile" nya. tapi buat masa ini masih mampu hadapi krisis or kemelut kawan kawan ni. :) . Tuhan itu tak akan uji hambaNya sekiranya hambaNya itu tidak mampu menanggung ujian tersebut. jadi secare jujurnya, saya hanya perlu bersabar. itu je yang termampu dan terbaik buat masa ini.



 amni and zairah. 
both are good listeners, by referring to the above quote,
 i think they are my true friends.

wasalam~

Thursday, March 1, 2012

pelajar baru NR

aku mengaku banyak lagi benda nak kene belajar  sebelum menjadi pelajar NR. skill nak cari rumah, nak cari housemate, nak cari roommate. hari ini dapat pengajaran dari seorang owner rumah. aku dah bagi kata putus mahu masuk rumah dia tapi disebabkan rakan-rakan yang kejap on off , aku terus lupa nak bagitahu keputusan yang kami dah buat. susah sebenarnya nak berbincang benda ni. okay aku kene jadi lebih matang.

dan owner ini juga menyedarkan aku tentang pentingnya pegang pada janji. aku rasa serba salah sebab tak bagi tahu owner ni  awal-awal. aku takut nanti aku betul betul tiduer di bawah jambatan sebab terlalu cerewet nak cari rumah sewa. aku sedar salah aku. dan alhamdulillah owner itu memaafkan aku. aku akan elak benda sebegini berlaku lagi. insyaAllah ia tak akan berulang. tak akan.

new home to be

okay. selepas ini aku sudah jadi pelajar NR secara sah. no more kolej. kesian parents aku nak support life aku di Shah Alam ni. maafkan ana ye mak, bapak. ana salah tapi ana akan usaha untuk berjaya sebagai tanda ana hargai kederat bapak dan mak. Dan aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada miza sebab cari kan rumah, deal dengan owner rumah, ualn alik Shah Alam macam sebelah rumah je dan akhirnya kita ada rumah untuk diduduki. thanks a lot miza.

okay, cukup nurkilan kali ni. salam~