blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Friday, March 9, 2012

kawan kala susah

dah seminggu rasanya tinggalkan blog ini. well, tak banyak benda pun nak cerita. tapi sangat menarik untuk di cerita. inilah  al-kisah aku yang telah jadi pelajar NR(non-resident) dengan kata lain aku bukan lagi pelajar kolej. okay, ceritanya bermula apabila dapat tahu tak dapat kolej dan rayuan kolej sekarang dikelola oleh UKK (unit kemudahan kolej) dan bukan lagi pihak kolej itu sendiri. jadi kami berpendapat yang kami berkemungkinan besar tak akan dapat kolej. jadi episod mencari rumah sewa pun bermula. pada mulanya hanya kami ber3 tpi jadi ber4 dan kemudiannya jadi 7.

biasalah, mula-mula mesti ada yang nak berebut bilik. ada yang nak bilik berdua. ada yang nak bilik sorang dan ada yang tak kesah mana mana pun iaitu aku. hahahha. well, mengalah sikit untuk tengok semua orang gembira apa salahnya. tapi dah mengalah pun ada jugak yang tak hargai. macam mana tue?

ada seorang kawan yang tak perlu disebut namanya. pada awal dia datang terus minta duduk sekali dengan kami. okay tak apa. kami tak kesah. sebab kawan sekelaskan. lepas tue, dia minta bilik untuk seorang. katanya kalau dia study kene sebut kuat2 jadi nak la bilik seorang. atas dasar timbang rasa dan demi keselesaan bersama kami pun sediakan bilik khas untuk dia sorang. tapi timbul satu masalah yang kami semua tak sangka. iaitu rumah sewa kami tak dapat sangat coverage mobile phone.

dan disebabkan itu, kawan yang tiba tiba muncul dan demandkan bilik seorang ini mahu keluar dari rumah yang dicari hasil titik peluh orang ini. adakah itu sesuatu perbuatan yang mulia apabila meminta tolong seseorang dan orang itu bagi yang berbaik dan tiba tiba kita pergi dan menyusahkan orang itu? kurang sopan rasanya.( eh. pelik pulak nak cakap bahasa baku macam ni)




 kepada yang berkenaan,

tolonglah jangan terus terusan nak susahkan kawan kita sorang ni. dah la dia carikan rumah. ulang alik dari damansara ke shah alam hari hari untuk dapatkan rumah yang paling selesa untuk diduduki. lepas tu senang hati nak keluar dari rumah tue denga alasan tak ade coverage phone. tak boleh hidup. aku seriously tak paham sebab aku hidup tat kala ini sebab izin Allah, sebab masih ada Oksigen yang boleh dihirup. tolonglah.! bukan budak budak lagi. kiteorang dah bagi layanan terbaik sebab fikir kau tue kawan. tapi ni ke yang ko kate kawan?? buat keputusan tak berbincang. buat muka tak bersalah langsung. tolonglah fikir balek. sapa yang suruh kau join kami serumah? aku ke? aku ke yang cari kau? aku ke yang paksa kau join rumah kami? fikirkan. dan tolonglah selesai kemelut ni.tq~



No comments:

Post a Comment