kalau nak di ikut kan sudah lebih dari 100 hari bapak koma dan terlentang di atas katil.. sejak hari itu, mak tidak dapat fikirkan benda lain selain ingin melihat bapak sembuh semula. siapa tak mahu bapak sembuh. aku pun mahu! di sebabkan mak terlalu pentingkan bapak maka kadang kadang itu aku rasa seperti tersisih sekejap. mungkin itu cuma perasaan tapi sejak dua menjak ini mak selalu marah atas kesalahan yang bukan salah aku, dan kadang kadang kerana cara aku cakap.
sehingga sekarang aku tak paham kenapa semua yang aku buat semuanya buruk, cacat, serba tak kena di mata mak. sedangkan aku cuba sedaya upaya untuk bapak.aku sayangkan bapak aku. dialah tempat aku luahkan segalanya. namun, mak seperti tak mengerti betapa pedih dan kehilangan yang aku rasa. salahkah aku?? aku dah uruskan kerja audit bapak, pergi ke pejabat sana sini, aku juga selesaikan uruskan pejabat bapak, aku cuba yang terbaik untuk kurangkan perbelanjaan keluarga sebab duet banyak digunakan untuk bapak. tapi mak seakan tak paham dan masih nak buat seperti biasa, berbelanja seperti biasa.
ya, aku pun mahu kehidupan seperti biasa tapi dalam keadaan sebegini semuanya mustahil. dan mak tak pernah nak paham. dan disaat aku cuba memberi pendapat , 1 pun tidak pernah dihiraukan mak. dungu sangat kah aku?? bebal sangat kah aku? aku ingin kan yang terbaik juga untuk bapak dan keluarga kita. lagi banyak pendapat yang aku keluarkan, lagi banyak kami bertelingkah. lagi lama kami bermasam muka. itu semua bukan aku inginkan. tapi mak masih tak paham.
kesempitan wang yang kami alami sekarang mungkin berlarutan sehinggalah bapak sembuh. jadi dari sekaranglah kita kena kawal pembelanjaan. adik tak boleh di mewahkan. sama juga aku. aku sendiri yang kurangkan wang saku aku.aku guna duet aku untuk bapak dan beli barang rumah. ya aku tahu duet itu datangnya dari mak dan bapak juga. tapi aku tidak guna kannya sesuka hati untuk kemewahan diriku semata-mata. dan mak masih tak paham.
aku ada 5 beradik yang masih belajar, 2 di universiti , 2 die sekolah menengah dan 1 di sekolah rendah. semua perlukan wang yang banyak. terutama aku . kos sara hidup di Shah Alam lebih tinggi dari di Mesir. aku sedar itu. mujurlah ada duet yayasan perak. aku simpan duet itu untuk kegunaan akan datang sekiranya terdesak. dan antara kami 5 beradik, mak nampaknya tidak terlalu hiraukan aku. mungkin aku yang sulong, pandai atur hidup sendiri. ya. aku tahu semua itu tapi aku juga perlukan rasa kasih dan sayang seorang ibu. keldil rasanya bila mak sering tanyakan hal adik adik berbanding aku. itu mungkin cuma perasaan aku tapi tak salahkan? sebab aku punya hati dan perasaan
dan pada ketika ini, baru aku tahu. ujian bagi ku bukan semata-mata kesedihan melihat kesengsaraan bapakku. tapi aku masih diuji dengan kesabaran menahan rasa sedih berdepan dengan mak. mak, andainya mak tahu betapa sedihnya hati ana....
hanya Allah saja yang tahu.,,,
blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.
follow me
Tuesday, July 24, 2012
Wednesday, July 18, 2012
dengan izinNya
sudah lama tak update apa-apa di blog ini. sibuk dengan perbagai urusan. memang banyak benda yang nak diceritakan. tapi masa mencemburui. sekarang dah hampiri 1 pagi. mata mula lesu, otak makin bercelaru. idea makin kabur.
sebenarnya, saya ingin menceritakan perihal bapa saya yang masih terlentang sakit di atas katil, tak berdaya nak buat apa2. sakit atau tidak, lapa atau dahaga, semua kami tidak dapat mengerti kesengsaraannya. dia tidak berkata kata sejak dari hari kemalangan. jujurnya hati ini terlalu rindu ingin mendengar suara bapak, teguran bapak, nasihat dan gurauan bapak. bapak dalah bapak yang terbaik . berjaya mendidik anak. tidak mungkin sesiapa pun di dunia ini dapat gantikan bapak. ya Allah. kerinduan ini bukan dapat ditampung lagi. walaupun bapak ada di depan mata tapi masih tidak dapat hilangkan rasa kerinduan itu
bapaklah orang yang selalu dengar luahan hati anak-anaknya. tak pernah berbelah bahagi kasih sayangnya. sedia mencari rezeki ke mana sahaja asalkan dapat memberi keselesaan kepada keluarga.ambil risiko dengan berhenti kerja dan mulakan business sendiri. bila sudah kerja sendiri maka prinsip kerja pun dah lain, " tak gerak tak makan". atas prinsip itulah bapak mencari client sampai ke Behrang, Tanjung Malim, serata Ipoh dan Kuala Kangsar demi kelurga tercinta. tapi dalam kesibukannya mencari rezeki, dia tidak pernah mengadu kepenatannya kepada kami sekeluarga . kami pula tak pernah putus putus menambahkan kerjanya.
mak yang 100% bergantung pada bapak. kami adik beradik pula sering mengadu perihal sekolah dengan bapak.tapi sedikit pun tiada keluhan di bibirnya. mungkin sebab itu bapak ada darah tinggi.
bapak,
bangun lah segera. Ana tak mahu bapak sakit menderita macam ini. kesian bapak, kesian mak dan opah yang tak henti henti menangis siang malam. mereka penuh dengan kepura puraan di hadapan kami adik beradik. bapak, tolonglah sihat seperti biasa. ana rindukan teka teki bapak, main tampa-tampa dengan bapak, rindu ciuman bapak. tahun ni pertama kali kami adik beradik jawap exam tanpa dengar kata kata semangat dari bapak. bapak tak tahu macam mana kami rasakan. mak pula tak dapat nak kerja jaga bapak. kami bergantung harap pada ihsan orang untuk sara hidup kami.bapak, ana sanggup buat apa sahaja untuk bapak. tolonglah sembuh. ana rindukan bapak.
ya Allah,
Yang Maha Mendengar, hambaMu ini mohon izinMu supaya dengan keizinanMu bapa ku akan pulih seperti biasa. aku tahu semua ada hikmahnya. namun tolonglah hentikan kesengsaraan bapaku. tolong ya Allah. tiada kuasa lain yang dapat membantu bapa ku untuk sembuh.. dengan berkat doa opah yakni mak kepada bapa Kau makbulkan lah hajat kami ini. Ya Allah, aku juga tidak sanggup melihat keperitan ibu ku menganggung semua tanggungjawab bapak. ibu ku terlalu lemah untuk lakukan semua. tolonglah ya Allah. Kaulah tempat kami memohan segala sesuatu....amin...
*tolonglah doakan sekali untuk kesembuhan bapakku wahai sekalian yang membaca. semoga Allah ringankan ujianNya untuk kami dan semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terkahir kami bersama bapak...

Ana sayang bapak.!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)