sebenarnya, saya ingin menceritakan perihal bapa saya yang masih terlentang sakit di atas katil, tak berdaya nak buat apa2. sakit atau tidak, lapa atau dahaga, semua kami tidak dapat mengerti kesengsaraannya. dia tidak berkata kata sejak dari hari kemalangan. jujurnya hati ini terlalu rindu ingin mendengar suara bapak, teguran bapak, nasihat dan gurauan bapak. bapak dalah bapak yang terbaik . berjaya mendidik anak. tidak mungkin sesiapa pun di dunia ini dapat gantikan bapak. ya Allah. kerinduan ini bukan dapat ditampung lagi. walaupun bapak ada di depan mata tapi masih tidak dapat hilangkan rasa kerinduan itu
bapaklah orang yang selalu dengar luahan hati anak-anaknya. tak pernah berbelah bahagi kasih sayangnya. sedia mencari rezeki ke mana sahaja asalkan dapat memberi keselesaan kepada keluarga.ambil risiko dengan berhenti kerja dan mulakan business sendiri. bila sudah kerja sendiri maka prinsip kerja pun dah lain, " tak gerak tak makan". atas prinsip itulah bapak mencari client sampai ke Behrang, Tanjung Malim, serata Ipoh dan Kuala Kangsar demi kelurga tercinta. tapi dalam kesibukannya mencari rezeki, dia tidak pernah mengadu kepenatannya kepada kami sekeluarga . kami pula tak pernah putus putus menambahkan kerjanya.
mak yang 100% bergantung pada bapak. kami adik beradik pula sering mengadu perihal sekolah dengan bapak.tapi sedikit pun tiada keluhan di bibirnya. mungkin sebab itu bapak ada darah tinggi.
bapak,
bangun lah segera. Ana tak mahu bapak sakit menderita macam ini. kesian bapak, kesian mak dan opah yang tak henti henti menangis siang malam. mereka penuh dengan kepura puraan di hadapan kami adik beradik. bapak, tolonglah sihat seperti biasa. ana rindukan teka teki bapak, main tampa-tampa dengan bapak, rindu ciuman bapak. tahun ni pertama kali kami adik beradik jawap exam tanpa dengar kata kata semangat dari bapak. bapak tak tahu macam mana kami rasakan. mak pula tak dapat nak kerja jaga bapak. kami bergantung harap pada ihsan orang untuk sara hidup kami.bapak, ana sanggup buat apa sahaja untuk bapak. tolonglah sembuh. ana rindukan bapak.
ya Allah,
Yang Maha Mendengar, hambaMu ini mohon izinMu supaya dengan keizinanMu bapa ku akan pulih seperti biasa. aku tahu semua ada hikmahnya. namun tolonglah hentikan kesengsaraan bapaku. tolong ya Allah. tiada kuasa lain yang dapat membantu bapa ku untuk sembuh.. dengan berkat doa opah yakni mak kepada bapa Kau makbulkan lah hajat kami ini. Ya Allah, aku juga tidak sanggup melihat keperitan ibu ku menganggung semua tanggungjawab bapak. ibu ku terlalu lemah untuk lakukan semua. tolonglah ya Allah. Kaulah tempat kami memohan segala sesuatu....amin...
*tolonglah doakan sekali untuk kesembuhan bapakku wahai sekalian yang membaca. semoga Allah ringankan ujianNya untuk kami dan semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terkahir kami bersama bapak...
Ana sayang bapak.!!!
No comments:
Post a Comment