yang penting hari ini ade 1 makhluk ni tibe-tibe send message through facebook. dah la umor 39 tahun, kerja jaga jer, ade hari plak nak berkenalan.mintak maaf lah. saya bukan jenis TERLAMPAU friendly sampai nak kawam tak tentu hala.
blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.
follow me
Monday, May 30, 2011
gatai punye orang tue
saya tak rasa saya tua tapi mungkin cara pemakaian dan size badan mempengaruhi pandangan orang yang mengatakan aku kelihatan tua dari usia. tapi pelik. ramai jugak yang tanya aku ni sekolah di mana..hahah..mane satu ni?
Wednesday, May 25, 2011
more than expected
today, 25 may 2011 sekali lagi facebook dipenuhi status2 pasal result so sume pon gelabahlah nak cek termasuk lah saya.huhu..Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab masih lagi memberi peluang pada saya untuk dapat dekan untuk kasi yang ke5.
well, apa yang boleh saya cakap di sini adalah "i got AD but not ANC" . itu yang sedih sebenarnya. part5 lah yang membuatkan saya tak layak dapat Anugerah Naib Canselor. sebak pun ada tapi tak ape lah. itu namenya pengajaran. maknanya lepas ni jangan nak aktif kan diri tak tentu pasal.
okaylah secara rasminya saya dah habis diploma. glad! now nak masuk Degree pula.huhu.. hope boleh survive nanti di Shah Alam if dapat sane la kn. amin~
Tuesday, May 24, 2011
i didnt meant it
im so sorry. i didnt meant to hurt you. i swear! its just a question. i keep wondering why.thats why im asking. but i dont know why it ends like this. im sorry for doing this silly mistakes. my bad. and i always bad. no wonder most of my friends left me behind. okay maybe im not a good friend. im sorry again
for those who like to be friend of me please think twice coz i might hurt you someday somehow. im sorry!
:(
Monday, May 23, 2011
kerja lah
malas nak fikir panjang. walaupun gaji tak tahu bape tapi masih mahu terima kerja ini.yes.. saya kerja dengan bapak saya. bapak yang hanya bekerja sorang-sorang. huhu. jadi di audit firm yang kecik ini la saya bekerja sekarang,hhuhu
di saat menaip benda ini semua, saya sedang menyelak helaian2 cash book or in malay they called buku tunai. susah betul nak kene translate benda yang kita belajar dalam english tapi kene praktikkan dalam bahasa melayu. tapi tak apa, boleh improve kan bahasa melayu ( padahal english yang patut diimprove kn)
well. tak boleh nak taip panjang-panjang , takut tak siap pulak kerja ini. dah la bapak nak esok. okay ESOK! memang tak tidur malam la nak mengaudit benda ni..huh.
my new baby
hahaha..bunyi cam dah ada anak plak kan tapi bukan itu maksudnya. new baby refers to may new external hard disk. WD 500 GB. yes, rasenye benda ni tak perlu nak dikecohkan sebab ramai yang ada, tapi bagi saya yang susah nak dapat benda ni rasa macam hadiah jatuh keriba.
well ini la benda yang aku idamkan. tapi masih ada lagi yang perlu dibeli tapi perlu kerja dulu.. external hard disk ni boleh la pau bapak.huhu ;P
Friday, May 20, 2011
dah mintak kene terima
mulut sungguh mudah untuk meminta tapi kadang-kadang bila dah dapat susah pula nak menjaganya. tak kiralah kita minta dari sapa benda itu tapi semuanya datang dari Allah. sebagai contoh, kita meminta semoga dikurniakan anak lelaki, adik lelaki jadi kalau suatu hari ada benda yang berlaku kita harus terima dengan tabah sebab pada dasarnya kita yang meminta, Allah makbulkan. dan ketahuilah Allah itu sangat Pemurah lagi Maha Penyayang. bila terdetik dihati kita untuk berdoa maknanya itulah petanda Allah ingin memperkenankan doa kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )"
Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”
p/s: post ini untuk ingatan diri sendiri dan untuk semua. harap renung-renungkan bersama.
Wednesday, May 18, 2011
im not perfect!
yes i know, life is unfair. and i have to deal with it. i dont have to put all those shits on twitter. i should rather be scolded than live a motherless life. thanks teacher. u already open my eyes back!im sorry mum. i know most of the times i dont think before i did something. u always remind me and i always forgot. sorry!
if seriously im the one who make ur life terrible then im sorry again. tell me what should i do .....
Tuesday, May 17, 2011
lagi lagi IPOH..
well kelmarin ipoh, hari ini ipoh, ujung minggu di ipoh, keluar outing dgn kawan-kawan pun di ipoh. ini pun dah cukup membosankan. ape tah lagi kalau nanti kerja dan kawen dengan orang ipoh. adui! tak lalu la..
well ini sebenarnya memang baru je sampai dari Ipoh. pergi semata-mata nak hantar buku untuk adek tercinta lagi gedix di STAR. pastu ke Jusco sebentar. tapi kalau dah tak ada duet, nak buat apa pun tak boleh. jadi kami makan-makan je lah. okay, saya datang bersama dengan adek bongsu saya yang berumur 9 tahun. (9 tahun, apalah yang boleh die buat)
dan dengan membuang masanya kami pun menapak di Jusco dan makan di Johnnys dalam dalam tak ada duet. sape kate saya kakak yang jahat kalau sanggup belanja adeknya Johnnys? tell me!.
oh, saya bukanlah teruk sangat okay. masih ada hati dan perasaan ..okay, ini adek saya yang baru pertama kali makan di Johnnys,. die tak berapa sihat tapi laju jer makan. ;P
Saturday, May 14, 2011
kakak kantin?
well, semua tahu budak degree or bakal degree Uitm bercuti sampai bulan 9. jadi saya pun dengan berbesar hatinya ingin mencari kerja. cari duet untuk beli phone baru.huhu. setelah penat search kerja di jobstreet saya pun terima tawaran mak cik saya untuk bekerja dengan die di kantin sekolah menengah clifford.
duet punye pasal kerja jugak la.dalam fikiran senang je jage kantin ni tapi semuanya indah khabar dari rupa. tak dapat bayang bila kena bangun pukul 6 pagi. kemas rumah dulu dan pergi kerja. datang2 terus kene marah indirectly dengan pakcik sendiri. cikgu pulak datang bertubi-tubi. dan aku terpaksa buat benda yang aku tak pernah buat.
time budak2 rehat paling worst la. mulut mereka nauzubillah. kalau lah boleh sepak dah lame dah makan penyepak . budak2 india jugak yang baik. okay. seriously memang penat kerja di kantin sekolah. dan saya terus insaf untuk kerja di kantin, or di cafe, restoran, ataupun gerai makan mana-mana after this. terus tak suke tengok makanan.
so, seminggu jela saya bertahan sebagai kakak kantin..so adik2 yang di s.m.k clifford, jangan lah panggil aku akak kantin dah.. tak suke. dan tolong jangan panggilku bodoh or even my cousin yang still keje disitu menolong mak dan ayahnya. kami ni at least ada diploma, adik-adik tu?
please la.. PMR pun tak lepas. so sapa yang bodoh ek? fikir-fikirkan lah...da~
p/s: lege bila dpt berhenti kerja tapi kecian makcik dan pakcik. ;(
Monday, May 9, 2011
happy birthday ana...
hari ini 9 May 2011, genap 21 tahun saya dimuka bumi ini sebagai hamba Allah, umat kepada Rasulullah, anak kepada mak dan bapak serta kakak kepada adik-adik saya. 21 tahun ? tak percaya langsung. syukur Allah masih beri peluang untuk saya di sisi keluarga sehingga kini.
namun, hari ini bukanlah hari yang mahu saya ingati. mana mungkin saya bergembira sedangkan mak bapak saya menderita, sakit memikirkan adik saya. ye adik lelaki tunggal saya yang tak pernah habis buat mak dan bapak stress.
di hari jadi saya, di hari ini, tidak ada 1 benda pun yang buat saya ketawa, yang buat saya gembira. tiada. yang bertambah adalah kesedihan dan kemurungan. maafkan saya kawan-kawan sekiranya saya tidak membalas segala ucapan yang diberi kan..bukan bermaksud tidak hargai cuma tidak tahu macam mana nk hiburkan hati di kala ini.
kepada mak dan bapak,
maafkan ana. ana masih gagal menyelesaikan masalah keluarga kita. ye, ana anak sulong. memang tanggungjawab ana untuk menolong mak dan bapak..ana tak sangke ana tidak menolong apa-apa pun.maafkan ana sebab sering membebankan mak dan bapak. ana tak tersinggung pun mak dan bapak tak ingat hari jadi ana.ana paham .. terlalu banyak benda yang perlu mak dan bapak fikirkan ..tidak mengapa mak, bapak. ana cuma mahu mak dan bapak gembira semula..
kepada yang berkenaan,
saya paham awak sibuk dengan exam awak dan terima kasih atas perhatian yang awak dah barikan kepada saya sebelum ini dan saya amat hargai. saya juga tak marahkan awak sekiranya awak lupa hari ini hari jadi saya. saya paham, saya bukanlah orang yang penting dalam hidup awak. saya bukanlah orang yang awak idamkan. saya cuma kawan awak. sekadar kawan. thanks ye awak sebab ada untuk saya selama ini ;)
Saturday, May 7, 2011
my lil brother
this entry is all about my lil brother, Abdul Hakim..
last week, kami sekeluarga hantar Hakim ke STAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman), Ipoh. sekolah kebanggaan Bapak dan keluarga besar kami. tapi malangnya Hakim buat perangai dengan menangis dan menjerit macam orang gile nak balek ke rumah semula. mak dah hilang sabar. yang paling kelawa mak kejar die dalam kawasan sekolah.WOW! dasyatnya mak.hehe...
dan scene tak habis macam tue saje. Hakim berlari keja kereta sampai ke pak guard. of course kereta lagi laju dan bapak sempat pesan kat pak guard "tahan anak saya, dia nak ikut balek". kami terus keluar dan pergi ke JJ untuk solat maghrib. sebelum balek ke rumah kami singgah sebentar ke STAR semula. Bapak nak tahu apa yang berlaku selepas kami pergi tadi. pak guard bagi tahu yang Hakim cakap " saya nk cross jalan kalau saya tak tahan duk sini, biar mati!" .. okay, sound bad. sejak malam tue mak dan bapak non-stop fikirkan Hakim sampai pening sama ada nak bawak keluar atau tak.
tapi aku tak nak die keluar dari situ sebab once dah keluar mustahil dapat masuk balek. dan sekolah itu sekolah terpilih. my dad so proud with his school and become more proud when Hakim also study in the same school. actually, bapak lah orang yang rasa paling sedih kalau Hakim keluar tapi bapak dah malas nak pikir..
tolonglah sedar wahai Hakim. sekolah di luar jauh lebih teruk dari STAR! tolong lah duduk diam- diam di dalam tue and make friends with people. kakak-kakak awak semua masuk asrama, tak malu ke kalau awak jer sekolah biase.please! janganlah kasi bapak sedih dah..THE END~
Friday, May 6, 2011
apa beza bala dan ujian
bala di turunkan oleh Allah kepada hambaNya yang dimurkai dan bala ini sebagai pengajaran untuk hambaNya yang lain supaya bertaubat dan menyesali perbuatan terdahulu. Ujian pula diturunkan kepada hambaNya yang disayangi untuk menguji kekuatan iman seseorang. okay, sekarang anda boleh fikirkan. Tsunami, Gempa bumi, Letusan gunung berapi, Peperangan semuanya bala ataupun ujian? fikirkan apa yang mereka dah buat dan kenapa berlakunya semua itu kepada mereka. renung-renungkan..
p/s: sekali lagi, saya bukanlah ustazah tapi saya cume mahu berkongsi ilmu yang saya ada :)
Thursday, May 5, 2011
weirdo~
fallin again
ini yang malas nak layan perasan cintan ni..adui, macam mana lah boleh tersuka kat orang again and again and again..stop2, i cant falling in love again. its always end when i try to confess what i feel. no no! stop bothering me. okay...tarik nafas panjang2. huh...i hate you but love you as a friend.
Monday, May 2, 2011
saya tak sama seperti mereka
saya mungkin di takdir kan bodoh. dalam keluarga ini saya yang terbodoh. yup, sangat. dan sebab kebodohan saya juga lah mak sampai sekarang tidak mahu bercakap apa pun dengan saya seperti saya tidak wujud dalam rumah. di saat ini baru saya tahu, keluargalah satu-satunya sebab yang boleh buat saya menangis. sangat sebak bila kawan-kawan pulang ke rumah dan dapat bergembira bersama keluarga. sebaliknya saya hanya mampu berada di dalam bilik, meng-online-kan diri. tiada sapa kesah saya makan atau tidak. tiada siapa ajak saya kemana-mana..
ke mana lagi harus saya pergi bila keluarga sendiri tidak mahu saya di sini? saya berasa seperti roh yang berlegar-legar di dalam rumah yang tiada siapa lihat kehadiran saya. sedih nye.. tapi apa lagi mampu saya lakukan. maafkan saya mak sebab saya bodoh. saya tak pandai macam adik-adik. saya hanya ada diploma in accountancy. cabuk je. bukan medic. tapi masih tidak mampu beri Anugerah Naib Canselor untuk mak dan bapak. saya sekolah di MRSM Lenggong jer. bukan macam adik-adik yang lain di MRSM Taiping , di Tun Fatimah, di STAR..
saya tahu saya bodoh..sering membawa berita sedih ke dalam rumah walaupun nama saya membawa maksud kegembiraan. mungkin nama itu tidak sesuai untuk saya.maafkan saya. mungkin bukan di sini tempat saya. di dalam rumah yang penuh dengan orang yang pandai yang sering menggembirakan hati kedua-dua orang tuanya.maafkan saya kerana sering menyusahkan mak dan bapak...maafkan saya. ..
Sunday, May 1, 2011
im just fine
i know im stupid but its doesnt mean that you can just simply hurting me. yes, i just find. ive trained myself to be an heartless person. i wont cry because of the stupid mistake done by you. but please sometime please think before you say something. it might hurting someone.
p/s: boys, i wont asking you anything after this. i mean everything. girl, if i dont cry dont force me because when i start to cry nobody can stop it.
Subscribe to:
Posts (Atom)