blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Monday, May 2, 2011

saya tak sama seperti mereka

saya mungkin di takdir kan bodoh. dalam keluarga ini saya yang terbodoh. yup, sangat. dan sebab kebodohan saya juga lah mak sampai sekarang tidak mahu bercakap apa pun dengan saya seperti saya tidak wujud dalam rumah. di saat ini baru saya tahu, keluargalah satu-satunya sebab yang boleh buat saya menangis. sangat sebak bila kawan-kawan pulang ke rumah dan dapat bergembira bersama keluarga. sebaliknya saya hanya mampu berada di dalam bilik, meng-online-kan diri. tiada sapa kesah saya makan atau tidak. tiada siapa ajak saya kemana-mana..

ke mana lagi harus saya pergi bila keluarga sendiri tidak mahu saya di sini? saya berasa seperti roh yang berlegar-legar di dalam rumah yang tiada siapa lihat kehadiran saya. sedih nye.. tapi apa lagi mampu saya lakukan. maafkan saya mak sebab saya bodoh. saya tak pandai macam adik-adik. saya hanya ada diploma in accountancy. cabuk je. bukan medic. tapi masih tidak mampu beri Anugerah Naib Canselor untuk mak dan bapak. saya sekolah di MRSM Lenggong jer. bukan macam adik-adik yang lain di MRSM Taiping , di Tun Fatimah, di STAR..

saya tahu saya bodoh..sering membawa berita sedih ke dalam rumah walaupun nama saya membawa maksud kegembiraan. mungkin nama itu tidak sesuai untuk saya.maafkan saya. mungkin bukan di sini tempat saya. di dalam rumah yang penuh dengan orang yang pandai yang sering menggembirakan hati kedua-dua orang tuanya.maafkan saya kerana sering menyusahkan mak dan bapak...maafkan saya. ..



No comments:

Post a Comment