semalam masih ada kesempatan untuk ke Masjid Ridwaniah, masjid daerah Kuala Kangsar. terkejut sangat melihat ramai gila orang di masjid, seramai malam pertama Ramadhan dan disebabkan terlalu ramai saya terpaksa solat di ruang solat tambahan. bukan ruang solat utama.
seperti biasa pasti ada tazkirah selepas solat terawih dan witir. terngiang-ngiang ustaz untuk bercerita tentang ciri-ciri orang yang mendapat keampunan Allah. rasanya semua tahu ada hadith menyatakan :
"Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah(keampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka."
tapi tidak semua orang dapat keampunan itu. orang yang mendapat keampunan ni tidak pernah merasakan amalan mereka sudah cukup dijadikan bekalan akhirat, mereka juga ada sifat prihatin kepada orang lain .ada 1 hadith menceritakan perihal Imam Malik yang menangis ketika melihat makanan yang enak-enak ketika mahu berbuka. anak muridnya bertanya kenapa beliau menangis didepan rezeki, beliau menjawap " Aku terkenangkan Rasulullah s.a.w, Baginda tidak pernah merasa makanan seenak ini tapi amalannya banyak tidak terhingga .berbeza dengan aku yang dapat makanan seenak ini tapi tidak mampu beribadah seperti Baginda."
rasanya ini saja yang dapat saya kongsikan kali ini . jangan sia-siakan sisa-sisa Ramadhan yang ada. ingatlah, orang yang tidak fikirkan kerugian adalah orang yang rugi. dalam Surah Al-Mujadilah ayat ke19 ada menyatakan "Ketahuilah golongan setan itu adalah golongan yang rugi".wassalam~