blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, August 10, 2011

30 kelebihan solat terawih

Malam 1
Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.

Malam 2
Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam 3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

Malam 4
Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.Malam 5
Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.Malam 6
Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam 7
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.Malam 8
Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam 9
Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.

Malam 11
Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa.

Malam 12
Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.

Malam 13
Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

Malam 14
Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam 15
Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.

Malam 16
Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam 17
Di beri pahala seperti pahala para Nabi.

Malam 18
Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.

Malam 19
Di angkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus.

Malam 20
Di beri pahala para syuhada dan salihen.

Malam 21
Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam 22
Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam 23
Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam 24
Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.

Malam 25
Di hapuskan dari seksaan kubur.Malam 26
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.Malam 27
Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam 28
Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.Malam 29
Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30
Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.


source : sabrinala.tumblr.com ... thnks buddy


2 comments:

  1. jgn caya benda-benda nie..
    sbb x de hadis sahih atau ayat al-quran pasal 30kelebihan solat terawih nie.. :D

    ReplyDelete
  2. ye ke?ak tak taw pun.
    sbb ada ustaz kate ade je..
    dan slalu nye bnde2 mcm pahala ape kite dpt mmg tk tertulis dlm al-Quran tp ada dlm hadith.
    but maybe betul ckp kau.ini tak sahih but ok untuk as pembakar semangat aku rasa

    ReplyDelete