blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Thursday, August 4, 2011

malam ke4 Ramadhan

hari ini dapat juga aku ke Masjid menunaikan solat Isya' dan Terawih berjemaah. Allah itu masih mengizinkan aku menjadi tetamu rumahnya. masih terdetik dihati ni ingin ke masjid. subhanallah , itu pun salah satu nikmat Allah. bayangkan sekiranya 1 hari nanti aku tak sembahyang, sudah tak mahu ke masjid. sudah semestinya Allah sudah tarik hidayahnya dari aku. nauzubillah, mintak dijauhkan semua itu.

hari ini aku mendengar tazkirah seorang ustaz dari negeri sembilan. memang susah jugak nak paham apa yang dia katakan tapi berusaha jugak. antara isi pengajian nya adalah mengenai palestin. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang Palestin tue adalah hati bumi dan Makkah adalah pusatnya.


jadi tidak hairan lah yahudi bermati-mati nak menakluk Palestin. kalau dah dpt kawal hati bumi maka secara automatiknya dapatlah dia kawal dunia. dan sekarang jelas membuktikan yang pemikiran kita pun kebanyakkannya dah dipengaruhi yahudi.


dunia akhir zaman, harap aku tak tergolong dalam golongan yang sesat dan golongan yang terpaksa melihat hari kiamat. wasalam~

No comments:

Post a Comment