blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Sunday, August 26, 2012

AEE 737

setelah selama 10 tahun berkhidmat kepada keluarga kami, akhirnya kami terpaksa jual Unser 1.8GL milik bapak kepada orang lain. dan untuk pertama kalinya aku menangis disebabkan kereta. tak sangka terpaksa korbankan kereta itu. sedangkan bapak sayangkannya. tapi apa kan daya. tiada siapa yang mampu menggunanya selain bapak, dan sekiranya bapak sembuh kemungkinan besar dia tak dapat nak drive kereta itu lagi.

dan setelah berfikir panjang kami nekad nak jual. tapi dalam nekad nekad itu mengalir juga air mata melihat kereta dipandu keluar oleh orang lain. dan itu sepatutnya tak berlaku. itu tidak sepatutnya berlaku. sebab bapaklah sepatutnya yang jual kereta itu. sebab itu kereta die.. kesian bapak kalau dia tahu kereta dia tak ada. sama macam apa yang kita rasa bila orang jual barang kite, kereta kite tanpa pengetahuan kite, betui tak?

so. itu saja kali ini. jumpa lagi untuk entri berikutnya which is I dont know when...

raya yang berbeza

hari ini genap dah 8 hari kite beraya..raya aidilfitri seperti tahun tahun lalu tapi bagi kami sekeluarga kekurangan itu tetap ada. first time raya pertama dirumah sendiri, bersalaman dengan bapak yang masih terlantar di atas tak berdaya apa2. inilah raya yang paling sayup sekali selama 22 tahun hidup di muka bumi ini. susah nak terima hakikat bapak macam itu tapi itulah yang berlaku sekarang ini. nak atau tak nak benda dah terjadi. hanya mampu tabahkan hati.

dan dengan keadaan bapak macam itu, kami tidak dapat nak beraya ke sana ke mari seperti selalu maka oranglah yang datang bertandang ke rumah ini. sekali datang tak pernah kurang dari 10 orang, dalam 1 hari orang yg datang menziarah kami sekeluarga lebih dari 70 orang. penat hidangkan air. fuhh. tapi seperti kita tahu, tetamu ini bawa rezeki untuk kita.  alhamdulillah, orang memberi sedekah jariah pada bapak tidak putus putus. rezeki bapak..

oh.tahun ini seperti tahun tahun lepas keluarga Nuteh (sebelah ayah) buat family gathering di sg.siput. keluarga Suli ( sebelah mak) pula di seri malaysia, Ipoh. bila dah hotel tue paham paham la. kene booking. jadi bila dah bayar kena lah pergi. ingat tak nak. tapi mak suruh pergi. jadi pergi lah kejap tunjuk muka, makan dan balek ke rumah semula..

memandangkan raya kali ini tak macam raya raya yang lalu, gambar raya pun kurang. ini saja yang ada











Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA. Maaf Zahir Batin dari saya dan keluarga..





Monday, August 13, 2012

salam,

 setelah beberapa minggu baru berpeluang menulis post baru di blog ini. alhamdulillah pada 3 Ogos lalu dah dapat result untuk sem ke 5 Degree aku. well, hanya 3.2 tapi dah syukur sangat dan sangat tak duga dapat result secantik itu. walaupun bukan lah Dekan tapi itu lebih bermakna sebab tat kala test 1 yang lalu, ayah aku accident. im mentally broke down. susah untuk focusa tambah dengan lecturer yang tak henti henti menekan aku. ada yang marah, ada yang suruh quit belajar. tak paham sangat

mak kate ini semua berkat jaga ayah yang sakit. mungkin Allah nak uji sejauh mana kemampuan aku. dan ini yang termampu aku lakukan.walaupun dengan hanya 3.2 dan result yang terrendah berbanding kawan kawan lain tapi itu sudah mencukupi syukur sangat. ok, rasanya itu saja untuk kali in

wasalam~