setelah selama 10 tahun berkhidmat kepada keluarga kami, akhirnya kami terpaksa jual Unser 1.8GL milik bapak kepada orang lain. dan untuk pertama kalinya aku menangis disebabkan kereta. tak sangka terpaksa korbankan kereta itu. sedangkan bapak sayangkannya. tapi apa kan daya. tiada siapa yang mampu menggunanya selain bapak, dan sekiranya bapak sembuh kemungkinan besar dia tak dapat nak drive kereta itu lagi.
dan setelah berfikir panjang kami nekad nak jual. tapi dalam nekad nekad itu mengalir juga air mata melihat kereta dipandu keluar oleh orang lain. dan itu sepatutnya tak berlaku. itu tidak sepatutnya berlaku. sebab bapaklah sepatutnya yang jual kereta itu. sebab itu kereta die.. kesian bapak kalau dia tahu kereta dia tak ada. sama macam apa yang kita rasa bila orang jual barang kite, kereta kite tanpa pengetahuan kite, betui tak?
so. itu saja kali ini. jumpa lagi untuk entri berikutnya which is I dont know when...
No comments:
Post a Comment