blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Sunday, August 26, 2012

raya yang berbeza

hari ini genap dah 8 hari kite beraya..raya aidilfitri seperti tahun tahun lalu tapi bagi kami sekeluarga kekurangan itu tetap ada. first time raya pertama dirumah sendiri, bersalaman dengan bapak yang masih terlantar di atas tak berdaya apa2. inilah raya yang paling sayup sekali selama 22 tahun hidup di muka bumi ini. susah nak terima hakikat bapak macam itu tapi itulah yang berlaku sekarang ini. nak atau tak nak benda dah terjadi. hanya mampu tabahkan hati.

dan dengan keadaan bapak macam itu, kami tidak dapat nak beraya ke sana ke mari seperti selalu maka oranglah yang datang bertandang ke rumah ini. sekali datang tak pernah kurang dari 10 orang, dalam 1 hari orang yg datang menziarah kami sekeluarga lebih dari 70 orang. penat hidangkan air. fuhh. tapi seperti kita tahu, tetamu ini bawa rezeki untuk kita.  alhamdulillah, orang memberi sedekah jariah pada bapak tidak putus putus. rezeki bapak..

oh.tahun ini seperti tahun tahun lepas keluarga Nuteh (sebelah ayah) buat family gathering di sg.siput. keluarga Suli ( sebelah mak) pula di seri malaysia, Ipoh. bila dah hotel tue paham paham la. kene booking. jadi bila dah bayar kena lah pergi. ingat tak nak. tapi mak suruh pergi. jadi pergi lah kejap tunjuk muka, makan dan balek ke rumah semula..

memandangkan raya kali ini tak macam raya raya yang lalu, gambar raya pun kurang. ini saja yang ada











Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA. Maaf Zahir Batin dari saya dan keluarga..





No comments:

Post a Comment