blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Wednesday, July 18, 2012

dengan izinNya

sudah lama tak update apa-apa di blog ini. sibuk dengan perbagai urusan. memang banyak benda yang nak diceritakan. tapi masa mencemburui. sekarang dah hampiri 1 pagi. mata mula lesu, otak makin bercelaru. idea makin kabur.

sebenarnya, saya ingin menceritakan perihal bapa saya yang masih terlentang sakit di atas katil, tak berdaya nak buat apa2. sakit atau tidak, lapa atau dahaga, semua kami tidak dapat mengerti kesengsaraannya. dia tidak berkata kata sejak dari hari kemalangan. jujurnya hati ini terlalu rindu ingin mendengar suara bapak, teguran bapak, nasihat dan gurauan bapak. bapak dalah bapak yang terbaik . berjaya mendidik anak. tidak mungkin sesiapa pun di dunia ini dapat gantikan bapak. ya Allah. kerinduan ini bukan dapat ditampung lagi. walaupun bapak ada di depan mata tapi masih tidak dapat hilangkan rasa kerinduan itu


bapaklah orang yang selalu dengar luahan hati anak-anaknya. tak pernah berbelah bahagi kasih sayangnya. sedia mencari rezeki ke mana sahaja asalkan dapat memberi keselesaan kepada keluarga.ambil risiko dengan berhenti kerja dan mulakan business sendiri. bila sudah kerja sendiri maka prinsip kerja pun dah lain, " tak gerak tak makan".  atas prinsip itulah bapak mencari client sampai ke Behrang, Tanjung Malim, serata Ipoh dan Kuala Kangsar demi kelurga tercinta. tapi dalam kesibukannya mencari rezeki, dia tidak pernah mengadu kepenatannya kepada kami sekeluarga . kami pula tak pernah putus putus menambahkan kerjanya.
mak yang 100% bergantung pada bapak. kami adik beradik pula sering mengadu perihal sekolah dengan bapak.tapi sedikit pun tiada keluhan di bibirnya. mungkin sebab itu bapak ada darah tinggi.

bapak,

bangun lah segera. Ana tak mahu bapak sakit menderita macam ini. kesian bapak, kesian mak dan opah yang tak henti henti menangis siang malam. mereka penuh dengan kepura puraan di hadapan kami adik beradik. bapak, tolonglah sihat seperti biasa. ana rindukan teka teki bapak, main tampa-tampa dengan bapak, rindu ciuman bapak. tahun ni pertama kali kami adik beradik jawap exam tanpa dengar kata kata semangat dari bapak. bapak tak tahu macam mana kami rasakan. mak pula tak dapat nak kerja jaga bapak. kami bergantung harap pada ihsan orang untuk sara hidup kami.bapak, ana sanggup buat apa sahaja untuk bapak. tolonglah sembuh. ana rindukan bapak.

ya Allah,
Yang Maha Mendengar, hambaMu ini mohon izinMu supaya dengan keizinanMu bapa ku akan pulih seperti biasa. aku tahu semua ada hikmahnya. namun tolonglah hentikan kesengsaraan bapaku. tolong ya Allah. tiada kuasa lain yang dapat membantu bapa ku untuk sembuh.. dengan berkat doa opah yakni mak kepada bapa Kau makbulkan lah hajat kami ini. Ya Allah, aku juga tidak sanggup melihat keperitan ibu ku menganggung semua tanggungjawab bapak. ibu ku terlalu lemah untuk lakukan semua. tolonglah ya Allah. Kaulah tempat kami memohan segala sesuatu....amin...


*tolonglah doakan sekali untuk kesembuhan bapakku wahai sekalian yang membaca. semoga Allah ringankan ujianNya untuk kami dan semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terkahir kami bersama bapak...


Ana sayang bapak.!!!



Saturday, June 2, 2012

itu ayah saya

kalau nak di ceritakan pasal pe yang berlaku pada ayah saya memang panjang. jadi untuk dipendekkan cerita,  ayah saya accident dan sampai sekarang masih terlentang koma di atas katil. tak bergerak, tak bercakap . sedih teramat sangat sehingga tak dapat nak diluahkan. masih berharap pada keajaiban dan kekuasaan Allah. insyaAllah akan sembuh. amin.


sekadar untuk tatapan. mohon semua doakan ayah saya cepat sedar dan boleh kucup dahi saya seperti biasa.

Friday, March 9, 2012

kawan kala susah

dah seminggu rasanya tinggalkan blog ini. well, tak banyak benda pun nak cerita. tapi sangat menarik untuk di cerita. inilah  al-kisah aku yang telah jadi pelajar NR(non-resident) dengan kata lain aku bukan lagi pelajar kolej. okay, ceritanya bermula apabila dapat tahu tak dapat kolej dan rayuan kolej sekarang dikelola oleh UKK (unit kemudahan kolej) dan bukan lagi pihak kolej itu sendiri. jadi kami berpendapat yang kami berkemungkinan besar tak akan dapat kolej. jadi episod mencari rumah sewa pun bermula. pada mulanya hanya kami ber3 tpi jadi ber4 dan kemudiannya jadi 7.

biasalah, mula-mula mesti ada yang nak berebut bilik. ada yang nak bilik berdua. ada yang nak bilik sorang dan ada yang tak kesah mana mana pun iaitu aku. hahahha. well, mengalah sikit untuk tengok semua orang gembira apa salahnya. tapi dah mengalah pun ada jugak yang tak hargai. macam mana tue?

ada seorang kawan yang tak perlu disebut namanya. pada awal dia datang terus minta duduk sekali dengan kami. okay tak apa. kami tak kesah. sebab kawan sekelaskan. lepas tue, dia minta bilik untuk seorang. katanya kalau dia study kene sebut kuat2 jadi nak la bilik seorang. atas dasar timbang rasa dan demi keselesaan bersama kami pun sediakan bilik khas untuk dia sorang. tapi timbul satu masalah yang kami semua tak sangka. iaitu rumah sewa kami tak dapat sangat coverage mobile phone.

dan disebabkan itu, kawan yang tiba tiba muncul dan demandkan bilik seorang ini mahu keluar dari rumah yang dicari hasil titik peluh orang ini. adakah itu sesuatu perbuatan yang mulia apabila meminta tolong seseorang dan orang itu bagi yang berbaik dan tiba tiba kita pergi dan menyusahkan orang itu? kurang sopan rasanya.( eh. pelik pulak nak cakap bahasa baku macam ni)




 kepada yang berkenaan,

tolonglah jangan terus terusan nak susahkan kawan kita sorang ni. dah la dia carikan rumah. ulang alik dari damansara ke shah alam hari hari untuk dapatkan rumah yang paling selesa untuk diduduki. lepas tu senang hati nak keluar dari rumah tue denga alasan tak ade coverage phone. tak boleh hidup. aku seriously tak paham sebab aku hidup tat kala ini sebab izin Allah, sebab masih ada Oksigen yang boleh dihirup. tolonglah.! bukan budak budak lagi. kiteorang dah bagi layanan terbaik sebab fikir kau tue kawan. tapi ni ke yang ko kate kawan?? buat keputusan tak berbincang. buat muka tak bersalah langsung. tolonglah fikir balek. sapa yang suruh kau join kami serumah? aku ke? aku ke yang cari kau? aku ke yang paksa kau join rumah kami? fikirkan. dan tolonglah selesai kemelut ni.tq~



Friday, March 2, 2012

kawan

kawan itu indah. boleh gembira , ketawa sama-sama, boleh makan dan main sama-sama. tapi kadang-kadang kawan itu pun seperti langit. tak selalunya indah. aku pun begitu. kadang-kadang kawan pun tak ingat yang mana satu. ramai sangat kawan. tapi ada kisah disebalik tajuk kawan untuk entri kali ini

saya sering saja terasa dengan kawan . nama pun seorang yang sensitip , kadang kadang terasa tak layak untuk berkawan pun ada. salah saya sebab cepat tersinggung, terasa,.. sayang kan kawan macam tue lah, dan ada kawan kawan saya pun tahu saya memang macam tue.

tiba tiba teringat, ada seorang kawan yang saya dah kenal lama. dari zaman sekolah. secara tak sengaja berkawan dengan dia. rasa kecewa sangat apabila dia terlalu ambil berat pasal orang yang dia tidak pernah jumpa walaupun sekali. tidak tahu hati budi lagi. sedangkan saya? yang dah jumpa ibu dan bapa dia diabaikan macam tak ada hati dan perasaan. erm. lupakan kawan seperti itu.

kawan. bila timbul je masalah dengan seorang kawan, akan muncul masalah lain dengan kawan yang lain. adakah penyakit kawan ini berjangkit? seorang marah padaku, yang lain turut sama? oh, saya ini luar saje kuat. dalam tak tahu betapa "fragile" nya. tapi buat masa ini masih mampu hadapi krisis or kemelut kawan kawan ni. :) . Tuhan itu tak akan uji hambaNya sekiranya hambaNya itu tidak mampu menanggung ujian tersebut. jadi secare jujurnya, saya hanya perlu bersabar. itu je yang termampu dan terbaik buat masa ini.



 amni and zairah. 
both are good listeners, by referring to the above quote,
 i think they are my true friends.

wasalam~

Thursday, March 1, 2012

pelajar baru NR

aku mengaku banyak lagi benda nak kene belajar  sebelum menjadi pelajar NR. skill nak cari rumah, nak cari housemate, nak cari roommate. hari ini dapat pengajaran dari seorang owner rumah. aku dah bagi kata putus mahu masuk rumah dia tapi disebabkan rakan-rakan yang kejap on off , aku terus lupa nak bagitahu keputusan yang kami dah buat. susah sebenarnya nak berbincang benda ni. okay aku kene jadi lebih matang.

dan owner ini juga menyedarkan aku tentang pentingnya pegang pada janji. aku rasa serba salah sebab tak bagi tahu owner ni  awal-awal. aku takut nanti aku betul betul tiduer di bawah jambatan sebab terlalu cerewet nak cari rumah sewa. aku sedar salah aku. dan alhamdulillah owner itu memaafkan aku. aku akan elak benda sebegini berlaku lagi. insyaAllah ia tak akan berulang. tak akan.

new home to be

okay. selepas ini aku sudah jadi pelajar NR secara sah. no more kolej. kesian parents aku nak support life aku di Shah Alam ni. maafkan ana ye mak, bapak. ana salah tapi ana akan usaha untuk berjaya sebagai tanda ana hargai kederat bapak dan mak. Dan aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada miza sebab cari kan rumah, deal dengan owner rumah, ualn alik Shah Alam macam sebelah rumah je dan akhirnya kita ada rumah untuk diduduki. thanks a lot miza.

okay, cukup nurkilan kali ni. salam~

Friday, February 24, 2012

tak nak bawak kete dah

peristiwa yang tak sampai seminit tue buat aku rasa tak nak bawak kete seumur hidup. ok cuba gambarkan situasi itu ye. aku dari belakang. di depan ade 2 kereta dan 2-2 nampak macam nak ke kanan dan aku yakin 2-2 nak ke kanan. aku nak ke kiri.kami semua nak keluar dari simpang. jadi untuk tidak jadi seorang yang bodoh aku pergilah ke sebelah kiri. yela dah nak masuk kiri tak kan nak duduk belakang kete tue yang semuanya nak ke kanan.

nak di jadikan cerita. kereta viva oren sebelah aku ni muncung die tue sikit lagi nak cium kete aku. aku cam pelik. die nak ke kiri jugak ke?? mana ade aku menjerit! terkejut kot.. pastu die pndang aku. aku bukak tingkap. pastu aku cakap " pakcik nak ke kanan kan? " dia jawap "tahulah nak cepat tapi tengok la angle kete ni dulu" .. aku macam terdiam. pastu die bersuara lagi "tahu nak anta anak sekolah agama dah pukul 3 ni tapi kalau nak cepat sangat kita masing-masing tak dapat faedah, saya pun nak anta anak skolah" . okay ayat itu bagi aku RUDE!


sebab aku tak menjawap dan dia yang bising-bising. walhal aku yang patut bising sebab die yang nak langgar kete aku. bukan aku yang gerak kan keta . dengan sedap mulut kate suruh tengok angle kate die. B***H!! motif nak kene tengok angle kete ko? ko bawak lori ke yang kne ambek lajak sebatu? bongok pon ye jugak!

and lagi 1. aku bukan hantar anak pegi sekolah petang. aku hantar ADIK! PAHAM!!! sebab tue aku panggil ko pakcik! aku masih hormat ko. ko? eeee. manusia akhir zaman. tapi yang paling aku tak puas hati kat KL pun tak ada macam ni. poyo je nak sound2 orang suh tengok angle kete. nonsense punye reason!

thanks ye pakcik. sebab ko, aku rasa aku malas bawak kete dah! menyampah. bukan takut. aku pernah langgar macam-macam dah sebelum ni. tapi nak face orang macam ko lagi aku tak sanggup. kesian kete myvi ni. mesti orang-orang kuala nak mark and benci kete tue. maafkan Ana ye mak, bapak....


Obese?





I have a lot of things to talk about but dont know which one should be the first. well, i choose to talk about Obesity. yes, I'm Obese and I know I have to do something before its too late. suddenly I'm thinking about consuming some Nutritional food. I think you know what kind of food that meant by me. It will cost me about RM8 per day. and this nutrition have a good reputation world widely. but the main problem is the business itself.

I am not sure whether the business is HARAM or not. If it is so, im not going to buy anything. well as you know, all MLM business is HARAM. From my side, i think this business is not mainly for making people healthy but more focus on how to gain money as easy and as fast as you can. and thats make me curious whether to consume it or not. i will ask others for their opinions and i hope someone out there can help me. thank you :)