blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Friday, August 5, 2011

solat tapi tak bertudung

dah lame sangat2 nak tulis pasal benda ni tapi tak cukup hujah. bukan apa ramai sangat kawan mahupun kenalan saya yang bersolat tapi tak memakai tudung. nak tegur tapi tak mampu.memang selemah-lemah iman btul saya ni. bila tanya kenape tak pakai , jawapan simple " belum bersedia" ataupun "aku pakai tudung step by step" .. ada juga yang kata "ramai je yang bertudung tak sembahyang"..

bagi menjawap soalan bila ada yang cakap "ramai yang bertudung tapi tak sembahyang" tu maksudnya dia bertudung mesti bersebab dan buat sebabnya bukan kerana Allah. sebab itu rukun Islam yang 5 itu saja tak dapat nak ikut. sekiranya amalan solat kita tak sempurna, amalan-amalan lain memang tidak akan ditimbang pada akhirat kelak.

bagi orang yang tak bertudung tapi sembahyang pula, ayat dari Surah An-nur ayat ke 31 telah jelas menyatakan kewajiban kita menutup aurat. bukan kena tunggu-tunggu lagi. hidup mati semua ditangan Allah. mana tahu tak sempat kita nak bertudung Allah sudah ambil nyawa kita. Nauzubillah. tambahan sedikit mengenai isu ni, solat itu sebenarnya mencegah kita dari melakukan kemungkaran . jadi sekiranya solat tu tidak mampu menghalang seseorang dari melakukan dosa maka solatnya itu seperti kain buruk yang akan dilontarkan ke muka kita oleh malaikat pada akhirat kelak.MasyaAllah. renungkan bersama.

Surah An-Nur ayat 31

p/s: maaf sekiranya ada yang terasa. sekali lagi. saya bukan lah ustazah mahu pun penceramah bebas tapi saya hanya mahu
kongsi ilmu, pengalaman dan pandangan yang saya ada.wassalam~

No comments:

Post a Comment