blog ini dicipta untuk saya meluahkan apa yang terasa, berkongsi apa yang patut , bercerita apa yang menarik dan menulis apa yang terlintas dihati. tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak. maaf dipinta sekiranya ada ayat-ayat di blog ini mengguris luka tang mana-mana.

follow me

Monday, May 9, 2011

happy birthday ana...

hari ini 9 May 2011, genap 21 tahun saya dimuka bumi ini sebagai hamba Allah, umat kepada Rasulullah, anak kepada mak dan bapak serta kakak kepada adik-adik saya. 21 tahun ? tak percaya langsung. syukur Allah masih beri peluang untuk saya di sisi keluarga sehingga kini.

namun, hari ini bukanlah hari yang mahu saya ingati. mana mungkin saya bergembira sedangkan mak bapak saya menderita, sakit memikirkan adik saya. ye adik lelaki tunggal saya yang tak pernah habis buat mak dan bapak stress.

di hari jadi saya, di hari ini, tidak ada 1 benda pun yang buat saya ketawa, yang buat saya gembira. tiada. yang bertambah adalah kesedihan dan kemurungan. maafkan saya kawan-kawan sekiranya saya tidak membalas segala ucapan yang diberi kan..bukan bermaksud tidak hargai cuma tidak tahu macam mana nk hiburkan hati di kala ini.

kepada mak dan bapak,
maafkan ana. ana masih gagal menyelesaikan masalah keluarga kita. ye, ana anak sulong. memang tanggungjawab ana untuk menolong mak dan bapak..ana tak sangke ana tidak menolong apa-apa pun.maafkan ana sebab sering membebankan mak dan bapak. ana tak tersinggung pun mak dan bapak tak ingat hari jadi ana.ana paham .. terlalu banyak benda yang perlu mak dan bapak fikirkan ..tidak mengapa mak, bapak. ana cuma mahu mak dan bapak gembira semula..


kepada yang berkenaan,
saya paham awak sibuk dengan exam awak dan terima kasih atas perhatian yang awak dah barikan kepada saya sebelum ini dan saya amat hargai. saya juga tak marahkan awak sekiranya awak lupa hari ini hari jadi saya. saya paham, saya bukanlah orang yang penting dalam hidup awak. saya bukanlah orang yang awak idamkan. saya cuma kawan awak. sekadar kawan. thanks ye awak sebab ada untuk saya selama ini ;)



No comments:

Post a Comment